Assalamualaikum WBT J
Oh yaa,harini nak cerita pasal Alexandria.Kalau nama pun Alexandria,mesti ada
kena mengena dengan Alexander The Great kan? Tapi..kalau nak tahu pasal sejarah
Alexandria better google sendiri :P Sebab saya pun tak tahu sangat. >,<
My bad.
posing depan bangunan MARA :)
we had our lunch together! :D
the jakuns with the kaki shopping kat shooping mall :P
Since it was our first time went to Alexandria,jadi memang
jakun sangatlah.Perjalanan dari Mansurah ke Alexandria ambil masa dalam 3
jam.Saya pergi dengan rombongan GMN naik tremco ke Alexandria.Sape nak tahu
tremco tu apa,kena datang Mesir dulu.Hihi.
Kalau kat
Mansurah,bangunan renek-renek aja.Bila masuk Alexandria,amik ko!Tinggi
belaka,maju belaka ada shopping mall bagai (sebab Mansurah takda shopping mall)
We spent 4 days and 3 nights in Alexandria.Mujur ada hotel
free aka rumah kawan-kawan Alex so kos tempat tinggal percuma!YAY TO US! :D
Terima kasih tuan rumah.
Banyak tempat menarik kat Alexandria ni seperti kubu,King
Farouk Castle di Mandarah,tepi pantai Ma’murah,Pasar Manshiah,National Library
dan restoren seafood yang heaven :B Tapi barang-barang kat Alexandria agak
mahal berbanding Mansurah kecuali..COKLAT!!! Yeay,sebab tu saya cakap
Alexandria ini chocolate factory.You can get Kinder Bueno for only 3 genih di
Alexandria,di Mansurah almost 5 genih,kat Malaysia lagilah mahal kan!Jadi
makanlah coklat banyak-banyak kat Alexandria ni! :D
Saya tak pergi banyak tempat bersejarah pun masa di
Alexandria ni sebab kesuntukan masa sikit dan banyak pergi ke shopping mall
sampai terlompat-lompat kejakunan kan.Anak sapo lah tu :P
Kami sempat singgah di National Library tapi tak masuk
pun.Amik gambar di sekitarnya saja.National library memang sangat maju dan
cantik.Mesti rasa kagum bila masuk!Kalau nak masuk akan dikenakan bayaran dan
untuk student,dia bagi potongan. J
Kat National Library ni bukan library semata-mata,ada gallery lukisan
jugak!insyaAllah,kalau free untuk ke Alexandria..saya nak masuk ke library ni.
wani,shida,namee in front of the National Library
the National Library
Kemudian,kami ada sesi berbasikal di Ma’murah.Sangat best
woo! :D Ma’murah ni kawasan tepi pantai yang sangat cantik dan banyak hotel dan
rumah orang kaya di sekitarnya.Kawasan ni tak sesak sebab nak masuk pun kena
bayar jadi sangat cantik dan terjaga dan tak banyak kereta. :B Tiket masuk
dalam 6 genih rasanya dan untuk sewa basikal dalam 7 genih sejam.Mula-mula
harga memang mahal tapi kenyit-kenyit mata kat Pak Arab tu terus dapat diskaun
LOL mestilah tak!Kitaorang kena tawar menawar kat Pak Arab tu,janji nak datang
lagi lah dan lain-lain ;)
>,<
Ma'murah yang cantik.
cantikkan? :D
Sambil cycling,kitaorang menjamu mata dengan hiasan pokok
yang cantik,pantai Alexandria yang cantik dan udara yang nyaman. Kalau nak
honeymoon kat sini lagi lagi best!K wani dah berangan! Berdekatan dengan
Ma’murah ialah Mandarah (tak berapa ingat correct me if i’m wrong) yang ada
Istana King Farouk. Kitaorang tak pergi ke istana tu cuma tengok dari jauh
saja.Kawasan sekitar Istana King Farouk memang sangat cantik! Istana tu tak
boleh masuk tapi boleh tengok kawasan sekitarnya saja. J
Antara tempat yang must go di Alexandria ialah Pasar
Manshiah.Pasar Manshiah ni macam tempat shopping tudung,kain dan buah tangan!Macam
ala-ala jalan Chow Kit gituw.Rasanya perempuan aje berminat nak ke Pasar
Manshiah ni sebab boleh borong macam-macam! :D Yang paling popular untuk
orang-orang Malaysia ialah tudung Manshiah/Alexandria dan tudung double-face
taktaulah nama apa. :P Tudung ini dari kain,Ammu tu akan potong ikut meter dan
jahit tepi kat situ jugak.Kos untuk satu tudung tu dalam 20 genih saja!Murah
dan cantik! :D Lagi satu,tudung ni tak perlu iron sangat.Iron sekali aje tapi
bila pakai berulang kali tak kedut pun.Jadi saya suggest bakal-bakal doctor
beli tudung ni untuk pakai during housemen :D Selain tu,ada juga kain cotton
Arab yang sesuai nak buat baju kurung.As far as I know,kain cotton Arab memang
famous sangat.Macam-macam ada kat sini Cuma ongkos nya aje kena banyak! :D
Untuk makan-makan pulak,kitaorang ke “Sya’ban” iaitu
restoren seafood yang terkenal kat Alexandria.Seorang dalam 50 genih untuk 2
jenis ikan,sotong,udang,nasi dan salad (NOTE:KUANTITI SANGAT BANYAK).Bagi saya
personally,kalau nak ke Sya’ban baik bawak kuah kicap, kuah asam or sambal
sendiri sebab orang Mesir tak makan semua tu.teheeee!~once a Malaysian,always a
Malaysian. :D Bila makan ikan bakar without kuahnya rasa kurang Ummmpppp!!!cayo
lah cakap den nii.
the panda eye and Bella waiting for food in Sya'ban :B
Tini dan Kak Asma :D
Naja posing dengan udang :P
Udang Goreng Tepung di Sya'ban (tak tau nama dalam Arab)
Ikan Bakar di Sya'ban again
Ikan Goreng Tepung di Sya'ban
Selain itu,kitaorang ada pergi ke “Coffee Roastery”.CR ini
macam tempat makan orang kaya lah,ada lagu yang genre slow,tempat makan gelap
sambil suasana ala-ala candle light dinner.Seorang makan dalam 50 genih (look
how much I spend for food) :O untuk makanan sahaja ya,makanan.Satu plate
makanan tu memang banyak sangat sangat!Kalau kitaorang yang kebulur ni pun
makan tak abes siap take away lagi,sesiapa yang nak pergi saja nak test makan
better share. ;) Makanan kat sini ala-ala western ; steak bersama side dish
pasta/kentang/mashed potato/dll (pick two) dalam 50 genih. Untuk air,kitaorang
tak tengok pun sebab kitaorang keluar balik cari mineral water ja :P Lol.Ini la
akibatnya bila berjalan tanpa parents :P
lunch kat MARA :D
tak dapat amik gambar makanan kat CR sebab restoren gelap sangat + hp tak canggih :P
That’s all about Alexandria.Saya tak sempat nak ke tempat
bersejarah sangat tapi saya akan pergi bila ke Alexandria balik!janji! ;D
Moment yang best kat Alexandria ialah cycling di Ma’murah dan jalan kaki hampir
30 minit untuk ke National Library.Seronok sebab ada pantai dan angin yang
sepoi-sepoi bahasa. :’) Rinduuuuuuuu!!!~
sambil jalan kat tepi pantai,sambil amik gambar. B)
snap gambar before balik.teheee :D
P/S : HISMWB stands for How I Spend My Winter Break :D
anyeong!~~