Thursday, February 7, 2013

HISMWB 1 : Alexandria the chocolate factory.Ahak!





Assalamualaikum WBT J Oh yaa,harini nak cerita pasal Alexandria.Kalau nama pun Alexandria,mesti ada kena mengena dengan Alexander The Great kan? Tapi..kalau nak tahu pasal sejarah Alexandria better google sendiri :P Sebab saya pun tak tahu sangat. >,< My bad.




 posing depan bangunan MARA :)

 we had our lunch together!  :D 

 the jakuns with the kaki shopping kat shooping mall :P


Since it was our first time went to Alexandria,jadi memang jakun sangatlah.Perjalanan dari Mansurah ke Alexandria ambil masa dalam 3 jam.Saya pergi dengan rombongan GMN naik tremco ke Alexandria.Sape nak tahu tremco tu apa,kena datang Mesir dulu.Hihi.

 Kalau kat Mansurah,bangunan renek-renek aja.Bila masuk Alexandria,amik ko!Tinggi belaka,maju belaka ada shopping mall bagai (sebab Mansurah takda shopping mall)
We spent 4 days and 3 nights in Alexandria.Mujur ada hotel free aka rumah kawan-kawan Alex so kos tempat tinggal percuma!YAY TO US! :D Terima kasih tuan rumah.

Banyak tempat menarik kat Alexandria ni seperti kubu,King Farouk Castle di Mandarah,tepi pantai Ma’murah,Pasar Manshiah,National Library dan restoren seafood yang heaven :B Tapi barang-barang kat Alexandria agak mahal berbanding Mansurah kecuali..COKLAT!!! Yeay,sebab tu saya cakap Alexandria ini chocolate factory.You can get Kinder Bueno for only 3 genih di Alexandria,di Mansurah almost 5 genih,kat Malaysia lagilah mahal kan!Jadi makanlah coklat banyak-banyak kat Alexandria ni! :D
Saya tak pergi banyak tempat bersejarah pun masa di Alexandria ni sebab kesuntukan masa sikit dan banyak pergi ke shopping mall sampai terlompat-lompat kejakunan kan.Anak sapo lah tu :P

Kami sempat singgah di National Library tapi tak masuk pun.Amik gambar di sekitarnya saja.National library memang sangat maju dan cantik.Mesti rasa kagum bila masuk!Kalau nak masuk akan dikenakan bayaran dan untuk student,dia bagi potongan. J Kat National Library ni bukan library semata-mata,ada gallery lukisan jugak!insyaAllah,kalau free untuk ke Alexandria..saya nak masuk ke library ni.


wani,shida,namee in front of the National Library


the National Library 

Kemudian,kami ada sesi berbasikal di Ma’murah.Sangat best woo! :D Ma’murah ni kawasan tepi pantai yang sangat cantik dan banyak hotel dan rumah orang kaya di sekitarnya.Kawasan ni tak sesak sebab nak masuk pun kena bayar jadi sangat cantik dan terjaga dan tak banyak kereta. :B Tiket masuk dalam 6 genih rasanya dan untuk sewa basikal dalam 7 genih sejam.Mula-mula harga memang mahal tapi kenyit-kenyit mata kat Pak Arab tu terus dapat diskaun LOL mestilah tak!Kitaorang kena tawar menawar kat Pak Arab tu,janji nak datang lagi lah dan lain-lain ;)


>,<

Ma'murah yang cantik.



cantikkan? :D

Sambil cycling,kitaorang menjamu mata dengan hiasan pokok yang cantik,pantai Alexandria yang cantik dan udara yang nyaman. Kalau nak honeymoon kat sini lagi lagi best!K wani dah berangan! Berdekatan dengan Ma’murah ialah Mandarah (tak berapa ingat correct me if i’m wrong) yang ada Istana King Farouk. Kitaorang tak pergi ke istana tu cuma tengok dari jauh saja.Kawasan sekitar Istana King Farouk memang sangat cantik! Istana tu tak boleh masuk tapi boleh tengok kawasan sekitarnya saja. J


Antara tempat yang must go di Alexandria ialah Pasar Manshiah.Pasar Manshiah ni macam tempat shopping tudung,kain dan buah tangan!Macam ala-ala jalan Chow Kit gituw.Rasanya perempuan aje berminat nak ke Pasar Manshiah ni sebab boleh borong macam-macam! :D Yang paling popular untuk orang-orang Malaysia ialah tudung Manshiah/Alexandria dan tudung double-face taktaulah nama apa. :P Tudung ini dari kain,Ammu tu akan potong ikut meter dan jahit tepi kat situ jugak.Kos untuk satu tudung tu dalam 20 genih saja!Murah dan cantik! :D Lagi satu,tudung ni tak perlu iron sangat.Iron sekali aje tapi bila pakai berulang kali tak kedut pun.Jadi saya suggest bakal-bakal doctor beli tudung ni untuk pakai during housemen :D Selain tu,ada juga kain cotton Arab yang sesuai nak buat baju kurung.As far as I know,kain cotton Arab memang famous sangat.Macam-macam ada kat sini Cuma ongkos nya aje kena banyak! :D

Untuk makan-makan pulak,kitaorang ke “Sya’ban” iaitu restoren seafood yang terkenal kat Alexandria.Seorang dalam 50 genih untuk 2 jenis ikan,sotong,udang,nasi dan salad (NOTE:KUANTITI SANGAT BANYAK).Bagi saya personally,kalau nak ke Sya’ban baik bawak kuah kicap, kuah asam or sambal sendiri sebab orang Mesir tak makan semua tu.teheeee!~once a Malaysian,always a Malaysian. :D Bila makan ikan bakar without kuahnya rasa kurang Ummmpppp!!!cayo lah cakap den nii.


the panda eye and Bella waiting for food in Sya'ban :B


Tini dan Kak Asma :D



Naja posing dengan udang :P 

 Udang Goreng Tepung di Sya'ban (tak tau nama dalam Arab)


Ikan Bakar di Sya'ban again 


Ikan Goreng Tepung di Sya'ban


Selain itu,kitaorang ada pergi ke “Coffee Roastery”.CR ini macam tempat makan orang kaya lah,ada lagu yang genre slow,tempat makan gelap sambil suasana ala-ala candle light dinner.Seorang makan dalam 50 genih (look how much I spend for food) :O untuk makanan sahaja ya,makanan.Satu plate makanan tu memang banyak sangat sangat!Kalau kitaorang yang kebulur ni pun makan tak abes siap take away lagi,sesiapa yang nak pergi saja nak test makan better share. ;) Makanan kat sini ala-ala western ; steak bersama side dish pasta/kentang/mashed potato/dll (pick two) dalam 50 genih. Untuk air,kitaorang tak tengok pun sebab kitaorang keluar balik cari mineral water ja :P Lol.Ini la akibatnya bila berjalan tanpa parents :P


lunch kat MARA :D
 tak dapat amik gambar makanan kat CR sebab restoren gelap sangat + hp tak canggih :P

That’s all about Alexandria.Saya tak sempat nak ke tempat bersejarah sangat tapi saya akan pergi bila ke Alexandria balik!janji! ;D Moment yang best kat Alexandria ialah cycling di Ma’murah dan jalan kaki hampir 30 minit untuk ke National Library.Seronok sebab ada pantai dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. :’) Rinduuuuuuuu!!!~


sambil jalan kat tepi pantai,sambil amik gambar. B)


snap gambar before balik.teheee :D


P/S : HISMWB stands for How I Spend My Winter Break :D 
anyeong!~~

No comments: