Wednesday, December 30, 2009

2009;Lesson Learnt

2009 hampir melabuhkan tirainya.
Seperti biasa,sy akan kembali memuhasabah diri sebelum masuk ke thn baru.
:)

Bg sy,2009 merupakan tahun yg amat,amat mencabar diri sy.
Bkn hanya sbb sy menduduki PMR,tp tahun ini mengajar sy menjadi "manusia" yg sebenar.
Manusia yg byk kekurangan,manusia yg perlu ditegur dan manusia yg amat-amat mengharapkan keredhaanNya.

Byk pengajaran yg sy dapat sepanjang tahun ini.
Pengajaran yg akan mematangkan diri sy,
dan yg akan menjadi panduan sy pd masa akan datang.
;)

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

1.Jangan fikir diri "sempurna".
Secara jujur,sy mengakui kdg2 sy merasakan diri sy sempurna.
Rupa-rupanya,perkara itu jauh panggang dari api.
Sy sedar dan mula belajar dari kesilapan sy.
Jangan terlalu fikir diri kita sempurna kerana perkara itu membuatkan diri kita melakukan lebih byk kesilapan. :)
Kita hanya manusia biasa,yg byk melakukan kesilapan.
Namun,manusia yg melakukan kesilapan dan menyesali kesilapan itu lalu bertaubat ialah manusia yg baik. ;)
Itulah yg perlu kita lakukan.

2.Bersyukur,Jangan merungut.
Bersyukur,setiap hari kita mesti bersyukur.Allah memberikan kita nyawa utk menjalani kehidupan ini,orang-orang tersyg dan semua nikmat di dunia ini..
Mengapa berat utk bersyukur?
Namun,apabila dugaan menimpa..kita sudah mula merungut.
Mengapa?
Ingatlah,Allah itu Maha Adil,Dia tidak akan memberi kita ujian yg kita tk mampu hadapi.
Benar?
Apabila dugaan menimpa,kita perlu bersyukur juga kerana itu bermakna Allah msh syg pd kita dan Allah msh peduli akn kita. :)
Dugaan yg datang mengajar diri kita utk kembali kpdNya bkn menjauhkan diri dari Nya.
Semoga kita tergolong dlm kalangan hambaNya yg bersyukur.

3.Menghargai Orang-orang tersayang.
Mereka ibarat nyawa sy-Andai mereka bahagia,sy jauh lebih bahagia.Andai mereka terluka,sy jauh lebih terluka.
Alhamdulillah,sy bersyukur kerana dikurniakan orang-orang yg baik dan amat menyayangi diri ini.
Mungkin sy melukakan hati kalian dlm keadaan sedar atau tidak sedar,ampun dan maaf sy pinta. :(
InsyaAllah,sy cuba perbaiki diri ini pd masa akn datang.

4.Berkorban demi mereka.
Mereka yg sy maksudkan ialah kedua-dua ibu bapa sy. :)
Sebelum PMR dulu,sy amat menentang keputusan mereka utk menghantar sy ke sekolah berasrama.
Sy menangis tatkala mereka menyebut tntg sekolah berasrama.
:(
Namun,apabila sy berbual dgn guru kaunseling,Pn Azah.
Beliau berkata..
"Athirah,sy tau awk syg sekolah ini.Tapi jgnlah kecewakan ibu bapa awk..Bknkah redha Allah terltk pd redha ibu bapa kita?Jangan anggap awk mangsa keadaan.Ibu bapa awk da berkorban byk perkara utk awk.Tk blh ke awk berkorban 1 perkara utk mereka?"
Sy mula berfikir tntg perkara itu..
insyaAllah,apa yg ibu bapa kita mahu adalah yg terbaik utk kita.
Mereka lebih mengetahui..
:)

5.Kembali kepadaNya.
Kita merupakan hamba Allah.
Sebagai hamba,kita mesti berharap kpd Nya dlm apa jua keadaan.
"Ingat Allah ketika gembira,Allah ingat kita ketika kita sedih"
Percayalah~
:D
Allah tk pernah zalim kpd kita,
kita yg zalim pd diri kita sendiri.

6.Berfikir sebelum bercakap.
Err..sy memg kalah dlm hal ini.
Byk perkara berlaku akibat sy tidak mengawal percakapan.
Sehingga,sy termakan dek kata-kata sy.
Hal ini tidak perlu sy ceritakan,geng sy tau la.
;P
Kena blaja kawal perckpan lps ni.
hehe.


xoxoxoxoxoxoxooxoxoxoxoxoxo

Konklusinya,
Belajar dari Kesilapan.
:D