Monday, July 30, 2012

Aku Sangat Bosan!

Ho yeah,tajuk entri yang sangatlah noob! =="

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke 10. (Alhamdulillah!) :D

Yer!Tajuk entri sudah melambangkan yang saya memang teramat bosan tahap gaban! Parents go to work,adik-adik both asrama,kucing tkda hilang time New Year tsk tsk,Nadiah da pergi KMB (teman bergossip sudah tiadaaaa),dan FB dan Twitter pung bosanggggggg.

Sebenarnya,aku rasa aku yang sakit mental di sini sebab rasa semua benda tak best.K PAHAM!

Oh yaa,sedang aku meng-scrool fesbuk group Rise of The Fallen tetiba ada kawan post ini!


Kamus Bahasa Johor!

Bahasa orang Johor tidak banyak loghat yang sukar difahami. Ini kerana bahasa dari kebangsaan Johor-Riau ni lebih kurang dengan Bahasa Malaysia. Bahasa yang biasa di gunakan di TV. Tapi ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Ini tidak termasuk darei loghat dari bangsa seperti Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya

Air Tawo – Air Tawar
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar
Jajan – Makanan Ringan
Jerang - masak air/nasi
Jotos - sekel
Kang - nanti
Kejor – Kejar
Kosi – kerusi
Lantak - hentam keromo
Lapor – Lapar
Lawo – cantik
Longgo - Longgar
Muor – Muar
Ngeteh – Minum air di kedai
Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun
Pasor – pasar
Pasor Lambak – Pasar Malam
pestol – pistol
Segor – segar
Selipor – selipar
Sogame – sekolah agama
Sokkabor – Surat Khabar
Tampor – tampar
Terpeleot - terseliuh
Tikor – tikar
Tombot - pelupusan sampah
Tualo - tuala


Hidup Johor !! ;-)


Excited kottttt dapat baca kamus Johor ni.Yelah,tahu laa kitaorang bukan cam Ganu,Kelate,Nogori,KEDAH (highlight sikit utk jiah dan syazana dan safwan KEDAH) hehe,dll negeri yang ada loghat sendiri. hihi. Aku hanya boleh speaking Nogori syuwaiyah-syuwaiyah (sikit-sikit dalamm Arab Ammiyah eh nk jgk!) :P ,aku suka dengar orang Utara cakap sebab nampak semangat (SERIOUSLY,contohnya Syazana) tehehehe tapi aku di-reject untuk jadi orang Utara pasal ceq taktao pronounce dengan betul loghat utara itu,aku suka dengar orang Sabah cakap sebab nampak sopan (Zara),so conclusionnya aku memang suka loghat negeri lain. :D

Tapi bila baca sume tu,aku tak guna semua pungg.Contohnya "Tombot" tu,kalau orang cakap pun aku akan buat muka pelik dan cakap "Ada eh perkataan ni?" :P Lols.
Aku bukan Johor sejati pun sebab Mama orang Nogori.Ayah aku YES jawa tapi dia sendiri tak penah amalkan bahasa Jawa dia dalam kehidupan.Tskkk.Setakat siji,loro,telu,papat aku pahamlah. :D

Satu lagi bonus orang Johor ialahhh..
kalau cakap pape mesti belakang ada "EH?"
contoh, ada eh? kena pergi eh? kalau tak buat tk boleh eh?Sukati ko aje ehhhhh!
Thats our tagline,ko hadoo? :P Hewhew.

So,nak cakap tu jeeeee!Bhahahahaaa. ^___^ Thanks for reading.Aku kena kemas rumah sebenarnya tapi belum gerak lagi ni ==" hihi.Anak dara sapo la ni.