Sunday, June 20, 2010

It's Time!

Setelah bercuti hampir 2 minggu,sy pun kena pack brg2 semula utk pulang ke SAMURA. ;(

What else can I say?
Perasaan campur2,rasa rindu kt kawan2 sana tp berat hati nk tinggalkan family and kwn2 kt sini :( Hopefully,no more homesick! >,<

Teringat Hanif dan Sani (classmates) penah tanya time mula2 masuk SAMURA..

Hanif: Amacam dok sini?Ok?
Wani: Urmm..aku homesick sikit kot
Hanif dan Sani: Lama-lama ok tu. ;)
Wani: Korang watpe kalau homesick?
Hanif dan Sani: Wat bodo aje.
Wani; Lol .

xoxoxoxoxoxoxoxo

Alhamdulillah..
ramai yg bg support kt sy..

Arif bg support.. "Wani,1.5 thn aje!kejap sgt tempoh tu.."

Ustazah Yasirah pun bg semangat.. "Teruskan jihad awk.."

Abg Asfan call dari New Zealand.. "Belajar betul2.."

Mama dan Ayah ckp.. "Jgn nangis.."

Hafiz sms.. "Selamat Maju Jaya!"

Noddy sms.. "Jgn lupa berdoa kt sana..belajar betul2.."

thanks thanks thanks!

Bersyukurnya sy bila ramai yg support dan jadi tulang belakang sy ^^.InsyaAllah,sy cuba yg terbaik!Semoga Allah redha dgn kita semua.

Okey,time to pack!
insyaAllah,sy akan update bila pulang bermalam.
Assalamualaikum wbt.

Thursday, June 17, 2010

Doa Yang Sering Kita Lupakan.

BESARNYA DOA YANG KITA LUPAKAN

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah - Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah - Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kitauntuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya - Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima - Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup - Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita - Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu - tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.


xoxoxoxoxoxo

thanks Mama.
:)

Tuesday, June 15, 2010

Dear Friends:

Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.


Sahabat,

Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.


Sahabat,

Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.



dipetik drpd iluvislam.com
;)


Cukup Indah,Alif Satar.



nice song! :D hehe.

Monday, June 14, 2010

World Cup 2010.

Demam FIFA World Cup da bermula!
:)
Sy tklah minat sgt bola.Sy tgk keputusan shj :P

Utk World Cup kali ni..
Pilihan sy ialah GERMAN!
^___^
love it!

Kenapa sy pilih German?
Hurmm..Ntahlah.Maybe sbb sy minat pemainnya iaitu:


Miroslav Klose! :)

dan prestasi German not badlah!Walaupun tk menang tp at least dpt masuk semi-final.

Apa2 pun,Go German!

JB-N.9-Perak

Assalamualaikum wbt.
:)
Akhirnya,dpt jgk berblogging,setelah sekian lama blog ni dibiarkan.Huhu~

Sy ke N.9 dan Perak hujung minggu lps.Mestilah seronok sbb dpt jumpa sedara2 tersyg(haha) :P,nenda tercinta,Fahmi tercomel,dan sume la!Rasanya sy paling enjoy cuti ni.Berjalan sakan.

Sy tiba di N.9 petang khamis.Sadly,Makwan tk sihat sgt..Mula2 tk confirm nk g Perak sbb takut Makwan tk selesa nk berjln jauh tp last2 jadi.Alhamdulillah~ :)

Esoknya,lps solat Jumaat sy sekeluarga ke Perak.Mula2,hantar Ayah dulu ke Damansara sbb Ayah kena g Bali.Bestnyaaa!Nk ikut tp Ayah g sbb ada kerja.Huua,jeles! :(

Then kitaorg g Bidor,Perak.Wah3,Makngah da pindah umah baru.Cantik plak tu! :D Hehehehe.Sy puas survey umah Makngah (perangai mcm makcik2) :P Lol.Tiba time makan,Makngah msk makanan kampung semuanya!WAHHHH,hebat! :D Sy mkn byk sgt aritu. >,< Makanannya sume tip top tau.
Tiba-tiba,teringat Mama pernah ckp;
"Akak ni,nanti nk kawen pastikan suami blh terima selera Akak ni.Kena cari suami yg mkn makanan kampung.."
Tersengih-sengih bila ingt Mama ckp gitu.
insyaAllah,my future husband is an understanding guy!

Malam tu,sy spend masa tgk Imam Muda. ^___^ Hehe.Rancangannya best tau!kalau nk cari suami yg baik,ciri2nya mcm kt Imam Muda ni.Chewah!Pilihan sy:ARAN! :) org Nogori tu~

Esoknya,pagi-pagi lagi da bersiap utk ke Ipoh.Sadly,ada trajedi yg menimpa sy.Jeng3~Apakah yg terjadi?Rahsia~ :P Habis kena gelak sakan dgn sedara.Lol lol.Malunyaaa!Tp tkpelah,famous skjap!Hehe.

Tiba di Ipoh,kami pun slm2 dgn sanak saudara yg lain.Sy tk knl sgt sbb saudara jauh.Huhu.Then,sy,Izzat,Adik,Cak,Amir,Shukran,Khuawailid dgn Usof dok kt satu tmpt dan makan! :D Hoho.Ulamnya memg sedap,smpai tambah 2 kali :P har har har~Kitaorg mkn,sembang dan gelak2 kt situ.Pakcik yg duduk sebelah pun ikut gelak bila dgr apa yg kitaorg ckp.Ekeke~

Malamnya,mkn KFC pulak!Laaaa,gemuk abih cuti ni = =
Kt SAMURA berat turun 2kg,kt umah naik blk! :P Har har har~nanti diet lg ye!

Esoknya kitaorg blk ke N.9.stop kejap kt Rawang sbb Makwan nk dptkan rawatan tradisional.Sampai kt N.9,sy pun test masak!Sekian lama tk masak tetiba aje nk masak.Nasiblah makanan ok! ;P

Kini,sy da selamat sampai ke JB.Alhamdulillah~Rasa best sgt cuti ni.
Oh ya,homework jgn lupa! :D

Happy Holidays!
dan Selamat Kembali ke SAMURA utk seniors.
;P



Tuesday, June 8, 2010

Dulu lain,Sekarang lain.

Urmm..
bila duduk termenung sorang2 ni.
teringat sikap sy masa dulu2.
Haha..bila terkenang2,dulu sy ni mcm Tomboy sikit..
Sy penah ungkapkan yg sy tknk ber"make-up",tknk itu..tknk ini..
Ish ish ish..
Senang cerita,apa yg perempuan lain buat sume sy tknk buat!

Tp bila da meningkat dewasa..
da berfikiran matang..
Sy bersifat keperempuanan sikit.
;D
Alhamdulillah..

xoxoxoxoxoxoxoxoxo

Time form 1,sibuk memasak!
;)
Sekarang da blh lah sikit2 tp skill tu kureng sbb jarang masak.
Huu~

Dan sekarang..
sy da mula pakai make up pulak!
:D
Haha.
Ni kes terpengaruh dgn kwn2 kt SAMURA la ni.
;P
Tp sekadar berhias yg sederhana saja,tk blh berlebih-lebihan nti timbul fitnah **
Ingat tu!

Solat dan Sabar.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)

Ibnu Katsir menjelaskan satu prinsip dan kaedah dalam memahami Al-Qur’an berdasarkan ayat ini bahawa meski pun ayat ini bersifat khusus ditujukan kepada Bani Israel kerana konteks ayat sebelum dan sesudahnya ditujukan kepada mereka, namun secara dasarnya bersifat umum ditujukan untuk mereka dan selain mereka. Bahkan setiap ayat Al-Qur’an, langsung atau tidak langsung sesungguhnya lebih diarahkan kepada orang-orang yang beriman, kerana hanya mereka yang mahu dan bersedia menerima pengajaran dan petunjuk apapun daripada Kitabullah.

Maka peristiwa yang diceritakan Allah Taala tentang Bani Israel, terkandung di dalamnya perintah agar orang-orang yang beriman mengambil pengajaran daripada peristiwa yang dialami mereka. Begitulah kaedah dalam setiap ayat Al-Qur’an sehingga kita dapat mengambil bahagian dari setiap ayat Allah SWT.

“Al-Ibratu Bi’umumil Lafzhi La Bikhusus Sabab”
(Yang harus dijadikan dasar pedoman dalam memahami Al-Qur’an adalah umumnya lafaz, bukan khususnya sebab atau peristiwa yang melatarbelakanginya).

Perintah dalam ayat di atas sekaligus merupakan salah satu kaedah penyelesaian agar umat secara kolektif dapat mengatasi dengan baik segala kesulitan dan masalah-masalah yang datang silih berganti. Sehingga melalui ayat ini, Allah SWT memerintahkan agar kita memohon pertolongan kepada-Nya dengan senantiasa mengamalkan sikap sabar dan menjaga solat dengan istiqamah. Kedua hal ini merupakan saranan meminta tolong yang terbaik ketika menghadapi pelbagai kesulitan. Rasulullah SAW selaku uswah hasanah, telah memberi contoh yang terbaik dalam mengamalkan ayat ini. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dijelaskan bahawa,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila menghadapi suatu persoalan, baginda segera mengerjakan solat“.

Huzaifah bin Yaman menuturkan,

“Pada malam berlangsungnya perang Ahzab, saya menemui Rasulullah saw, sementara baginda sedang solat seraya menutup tubuhnya dengan jubah. Apabila baginda menghadapi persoalan, maka baginda akan mengerjakan solat“.

Bahkan Ali bin Abi Thalib menuturkan keadaan Rasulullah SAW pada perang Badar,

“Pada malam berlangsungnya perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah SAW, baginda solat dan berdoa sampai pagi“.

Dalam riwayat Ibnu Jarir dijelaskan bagaimana pemahaman sekali gus pengamalan sahabat Rasulullah SAW terhadap ayat ini. Diriwayatkan bahawa ketika Ibnu Abbas melakukan perjalanan, kemudian sampailah berita tentang kematian saudaranya Qatsum, beliau terus menghentikan kenderaannya dan segera mengerjakan solat dua rakaat dengan melamakan duduk. Kemudian beliau bangkit dan menuju ke kenderaannya sambil membaca,

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’“.


Secara khusus untuk orang-orang yang beriman, perintah menjadikan sabar dan solat sebagai penolong ditempatkan dalam rangkaian perintah zikir dan syukur.

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar“. (Al-Baqarah: 152-153)

Dalam kaitan dengan zikir, menjadikan sabar dan solat sebagai penolong adalah zikir. Siapa yang berzikir atau mengingati Allah dengan sabar, maka Allah akan mengingatinya dengan rahmat. Masih dalam konteks orang yang beriman, sikap sabar yang harus selalu diwujudkan adalah dalam rangka menjalankan perintah-perintah Allah Taala, kerana beban berat yang ditanggungnya akan terasa ringan jika diiringi dengan sabar dan solat. Ibnul Qayyim mengklasifikasikan sabar dalam rangka menjalankan perintah Allah Taala termasuk sabar yang paling tinggi nilainya dibandingkan dengan sabar dalam menghadapi musibah dan persoalan hidup.

Syeikh Sa’id Hawa menjelaskan dalam tafsirnya, Asas fit Tafasir kenapa sabar dan solat sangat tepat untuk dijadikan saranan meminta pertolongan kepada Allah Taala. Beliau mengungkapkan bahawa sabar dapat mendatangkan pelbagai kebaikan, sedangkan solat dapat mencegah dari pelbagai perilaku keji dan mungkar. Disamping itu juga solat dapat memberi ketenangan dan kedamaian hati. Keduanya (sabar dan solat) digandingkan dalam kedua ayat tersebut dan tidak dipisahkan, kerana sabar tidak sempurna tanpa solat, demikian juga solat tidak sempurna tanpa diiringi dengan kesabaran. Mengerjakan solat dengan sempurna menuntut kesabaran dan kesabaran dapat terlihat dalam solat seseorang.

Lebih terperinci, Syeikh Sa’id Hawa menjelaskan saranan lain yang berkaitan dengan sabar dan solat yang boleh dijadikan penolong. Puasa termasuk ke dalam perintah meminta tolong dengan kesabaran kerana puasa adalah separuh dari kesabaran. Sedangkan membaca Al-Fatihah dan doa termasuk ke dalam perintah untuk meminta tolong dengan solat kerana Al-Fatihah itu merupakan sebahagian daripada solat, begitu juga dengan doa. Memohon pertolongan hanya kepada Allah merupakan ikrar yang selalu kita lafazkan dalam setiap solat kita,

“Hanya kepada-Mu-lah kami menyembah dan hanya kepada-Mulah kami mohon pertolongan“.

Agar permohonan kita diterima oleh Allah, tentulah harus mengikuti ajaran dan petunjuk-Nya. Salah satu dari petunjuk-Nya dalam memohon pertolongan adalah dengan sentiasa bersikap sabar dan memperkuat hubungan yang baik dengan-Nya dengan menjaga solat yang berkualiti. Disinilah solat merupakan cerminan dari penghambaan kita yang tulus kepada Allah.

Kepentingan sabar menurut Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dapat dilihat dari dua hal: Pertama, sabar kerana Allah atas apa yang disenangi-Nya, meskipun terasa berat bagi jiwa dan raga. Kedua, sabar kerana Allah atas apa yang dibenci-Nya, walaupun hal itu bertentangan keinginan hawa nafsu. Barangsiapa yang bersikap seperti ini, maka ia termasuk orang yang sabar yang Insya Allah akan mendapat tempat terhormat.

Betapa kita sangat memerlukan limpahan pertolongan Allah SWT dalam setiap aktiviti dan persoalan kehidupan kita. Adalah sangat tepat jika secara bersama-sama kita dapat mengamalkan petunjuk Allah dalam ayat di atas agar permohonan kita untuk mendapatkan pertolongan-Nya segera menjadi kenyataan. Amin.


**dipetik daripada iluvislam.com

Saturday, June 5, 2010

Langkah Tercipta



Enjoy this Nasyid.
Alhamdulillah,kalau down ke apa ke..
bila dgr lagu ni rasa bersemangat blk.
:D

dugaan yg datang itu menandakan syg Allah kpd kita.
;)
Allah sentiasa memberi apa yg terbaik utk kita.
sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya.
percayalah!

xoxoxoxoxoxoxo

p/s-sy dgr time sy down dulu..masa mula2 masuk SAMURA.