Friday, May 25, 2012

This entry is for you.Yes!YOU!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua! :D *sambil melambai-lambai tangan*

Ewah!Sumpah happy hari ini. ^^ Kenapa happy?
SEMUA INI SEBAB ANDA!YE!ANDA!
Terime kasih sebab menyerikan hidup aku selama ini! :') *kesat air mata kesyukuran*

Memandangkan semua sudah nak pergi menyambung pengajian*ewah ayat tak boleh skema lagi?* tehee.Jadi aku nak berterima kasih kepada mereka semua ini. :)

OK,semuanya tak ikot turutan sebab aku malas nak buat ikut turutan! T.T

So,here we go!



SMKTUN (2007-2010)

Aku rasa kelas ni lah sekolah 1 Malaysia yang paling gempak!Walaupun berlainan races,tetap baik okey!KAMCENG GITUW~Walaupun aku sekolah sini 3 tahun aje tapi hubungan kitaorang tetap rapat.Selalu tanya kabar kt FB(see?I'm using FB in a good way),selalu usik-usik kalau berjumpa (terutamanya Humaigha yang selalu jadi mangsa daku),senang cita tak penah lost contact lah! :D Thanks korang sebab baik sangat dengan aku! :') Tak lupa kepada cikgu-cikgu SMKTUN yang baik,caring dan kuat gossip (Sir Zainal) Hihihi. ;D 

SAMURA (2010-2011)

Walaupun aku masuk agak lambat kat sekolah ni tapi ALL,I mean it,ALL SAMURIANs treat me so well! :') *kesat air mata lg* Ni lah kelas kesayangan daku,5 CERDAS SMARTIES!Sumpah rindu sangat kat diorang.All my classmates dapat terima aku seadanya,sentiasa bagi semangat,sentiasa pujuk aku yang homesick time form 4. T.T Bila form 5 tu tak ada rasa homesick tu.Apa boleh buat?Hoho.Teringat zaman kita stay up untuk study sama-sama.Memang menggugat iman aku yang tak pernah stay up ni.Tapi kawan-kawan ini lah yang sediakan bahu untuk bersandar setiap kali ngantok sambil urut belakang aku untuk elak ngantok walaupun sebenarnya makin ngantok!HAHAHA.Kepada cikgu-cikgu SAMURA yang sentiasa bersemangat mengajar kitaorang tak kira siang atau malam.Serius wehh cikgu SAMURA memang rajin tahap giga.Kitaorang ni jer yang malas Tak cukup dengan itu,cikgu SAMURA treat us just like their own kids.Kalau teringin apa-apa,insyaAllah cikgu usahakan untuk membeli.Baikkan? :DJasa kalian tak pernah kulupa. :) 
Apasal gamba tak clear hah? T.T 

The Guys.

Cewah!Takdalah geng rapat sangat tapi selain Ayah,Izzat dan classmate lelaki 5 Cerdas,merekalah guys yang boleh diharap.Eh?InsyaAllah.Kalau ada anak dara yang berkenan kat diorang ni,aku boleh jamin diorang sangat baik*Weh,aku promote korang ni* I MEAN IT OKEY!Maybe kitaorang tak rapat sangat lepas form 5 sebab er..aku da makin segan nak kuar dengan laki sekarang tapi insyaAllah this friendship will last forever.Kitaorang pun da bawak hala tuju ke universiti masing-masing.Kalau contact pun dekat handphone/FB/Twitter.Whatever happens,aku still mendoakan korang!

 The Dormmates

Ahak ahak!Sejujurnya,aku mungkin kurang bercerita tentang dorm tapi aku tetap sayang dorm aku tau! :D Dormmates aku memang semua gempak-gempak!Walaupun kadang-kadang kitaorang bergaduh tapi tapi..Gaduh tu yang merapatkan kita.Ye dakk? :D Sekarang ini semua da bawak haluan masing-masing,da tak dapat nak buat pesta meggi sama-sama lagi. :') Sobss~Keep in touch okey dormmates! :D

Thivya

Wohoo.My one and only non-malay bestfriend!See,aku memang mengamalkan 1Malaysia!*angkat-angkat kening* Dulu masa sekolah rendah,aku dengan dia taklah baik sangat tapi kat sekolah menengah till now,Alhamdulillah!The friendship are getting stronger <3 Rasanya perbezaan agama tak buatkan friendship ini rosak okey sebab we respect each other! :D Oh yeah!

Asma'

One of my usrah's member. ;) Ini jelah gamba dengan ahli usrah yang aku ada. T.T Sedey weh terlupa amik gamba haritu. :( 
Thanks Asma' sebab jadi kawan kita!Dia ni nampak aje sopan tapi gila-gila jugak. :P Huahua.Ni gamba yang diambil selepas shopping barang dapur ala-ala mak joyah kat Giant.Serius!memandangkan kitaorang ni anak perempuan sulong,jadi tanggungjawab untuk menjadi suri rumah tergalas kat bahu lagi-lagi lepas SPM ni. ;) Asma' terer masak western okey! ;D

SKTU1 (2002-2006)

Gamba time reunion! :') Fuhh,rindu beb!Masa reunion tu rasa macam rapat balik dengan diorang (sebab ada yang sekolah menengah berbeza jadi bertahun jugak tak jumpa).Masa dulu-dulu semua selekeh aje sekarang ini da tak bape selekeh lah!HAHA.semua da handsome-handsome,lawa-lawa dan tinggi-tinggi sekarang *except aku,Nadiah,Echa* Takpe,pendek tu comel! :P Lepas ini plan nak buat reunion lagi lah.Bila?Lepas masing-masing kawen kot!kiki.
Shaz and Echa!get ready to organise the reunion ok! :D

 Kalau kawan dorm panggil dormmates,kawan sekelas panggil classmates so kawan usrah pangggil? 
"USRAHMATES" lah!

HAHA.sesukati aku buat perkataan sendiri. :P 
Apa motif letak gambar makanan?
Sebab masa usrah last haritu lupa nak amik gamba bersama (sebab asyik makan dan bercerita aje) T.T sedih kan?
Terima kasih buat Along,Kak Dayah,Kak Zainab,Zahra,Iqa,Asma' dan little Humaira (pronounce it as Humaigha) Hihi.Rasa sedih sangat sebab da tak jumpa usrahmates yang best ni! ^^ Walaupun masa usrah aku kenalah tahan sikit sikap kurang sopan itu,tapi sebenarnya seronok tau.At least,aku bersopan santun sikit. >,< Hihi.Dengan usrah ini lah aku sentiasa diingatkan untuk jadi lebih baik dari semalam. :') insyaAllah,moga ukhuwah ini kekal selama-lamanya.

P/S: Sebab itu bila Along tanya kenapa nak join usrah?
Jawapan aku ialah lepas ini takda sape yang ajar saya tentang Islam (except nanti suami akan ajar) Hihi.K berangan!Saya rasa saya perlu ada orang yang mengingatkan tentang tujuan hidup Lillahi Taala.insyaAllah. :')



ni Feeqa buat,hikhik.Comelkan? :P

The Besties.

Haaa,mesti ramai tanya aku ni ada banyak geng?Eh sukalah nak banyak geng ke apa.Hihi.Yang penting aku sayang semua!Eh? :P
Ini lah geng kelas yang daku sayang ok! :D Sentiasa ada ketika aku memerlukan.Ehehe. :D
Goodluck kepada korang semua,walaupun kita terpisah jauh tapi jangan sampai lost contact ok! ^^
Keep in touch kat group Cerdas Smarties!
Tak Sabau nak tunggu ada yang kawen among classmates.Eh?Hihi. :D

 The Famous Six *Thivya is not in the picture*

Haaaa,apasal nama The Famous Six?Sape yang baca novel "The Prisoner of Zenda" mesti tahu sape The Famous Six ini.^^ Saje nama group nak gempak-gempak,sukahati aku lah! :P
Walaupun kitaorang pernah bergaduh teruk,tapi last-last berbaik jugak.Yeah,kadang-kadang persahabatan memang kena gaduh,berpisah dan bertemu semula supaya the bond getting stronger ok! *aku da masuk chemistry pulak da*Walaupun kitaorang tak serapat dulu tapi Alhamdulillah.Rasanya kalau tak berpisah,maybe kitaorang tak geng lagi sebab pergaduhan itu. :'( 

Maybe ada yang aku tak mention kat sini but no worries!
Aku sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang. ^^ 
*korang memang termasuk dalam orang yang aku sayang sebab setakat ni aku belum benci sape-sape*
So,peace! (^_^)V

Setiap apa yang Allah aturkan itulah yang terbaik!
Believe me!*muka penuh harapan*
Teringat kata-kata Raja Shamri time pergi program motivasi dia dulu.
"Semua orang yang muncul dalam hidup kita mesti membawa sebab"
Sebenarnya tak berapa ingat tapi ayat dia lebih kurang macam itulah! :)

Dia datang ada sebab,
dia pergi pun mesti bersebab!
oleh itu hargai dia sementara dia masih disisi.
Eh? :D
*tiada unsur percintaan disini ya*









Monday, May 21, 2012

Just For Fun!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Ok,lupakan masalah semalam walaupun geramnyaaaaa Allah aje yang tahu. :'( Takpe,takpe.Sabo lah Wani!Haih.K dah diam!

Now jeng jeng jeng!Just nak habaq mai pasal application for android ni.Kiki.

Oklah,application ni macam tak logik sikit.*of courselah,takda benda kat dunia ni perfect kotttt* so jangan amik serius (don't take it seriously) pada kesannya.Ahak!SEBAB MEMANG TAK LOGIK PUN!

So yeah,memandangkan aku bosan tahap giga bila duduk kat rumah esp weekdays.Tanganku pun gatal gode gode application kat android ni. :P Padahal rumah tak kemas lagi,adey adey anak daraaaaa! =='
Maka terjumpalah application AGING BOOTH dan FAT BOOTH.hak hak!Apakah itu?

Untuk mengetahui lebih lanjut,sila search di playstore -> taip "aging booth" or "fat booth" -> download ->snap gambar ala-ala passport -> try application tu. ;P




 before (muka belum mandi)  hihi.




after using aging booth app. oO


my face on 2043 =="
sebab tu orang cakap,kecantikan muka tak kekal.hurmm! :|



after using fat booth app. oO

wkakaka!*gelak guling-guling*
kalau tak jaga pemakanan jadi gini laaa! :O

So conclusionnya,janganlah percaya pada benda-benda gini.hihi.Just for fun ok!!

P/S-kalau nak makan,tengok dulu gambar fat booth ni,mesti terbantot selera aka makan sikit aje.Kiki. :P 

Thursday, May 17, 2012

To my dearest child.

Bismillahir Rahman Nir Rahim.


Memandangkan sekarang ini musim budak masuk ke universiti,saya nak cecite tentang amanat seorang ibu kepada anaknya. ;) It's gonna be a bit touching.Sediakan tisu banyak-banyak! :P

Bila kita ke universiti,anak mesti berpisah dengan family.INI BUKAN OPTIONAL!haha.kalau dapat universiti dekat pun still kena duk dalam kampus bukan bawah ketiak mak lagi! xD 

So,I assume myself as a mother of a child who's going to university soon!If this blog STILL exist in the future,I'll ask my children to read this!MY AMANAT TO THEM OKEH! :D

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Dear anakku,

Hari ini da tiba masanya untuk kamu pergi belajar,belajar berdikari dan belajar ilmu Allah. :') Mama berat hati nak lepaskan kamu tapi apakan daya,takkan Mama nak ikot kamu ke universiti.Mama harap kamu semat dalam diri segala nasihat yang Mama nak titipkan ini.Sobs.

Anakku,

Dunia sekolah dengan universiti lain sangat-sangat.Kat U ini lah kamu akan berjumpa bermacam-macam jenis orang.Ada yang baik tak kurang yang jahat.Nasihat Mama ialah kamu carilah kawan yang baik,yang mampu membimbing kamu,yang sedia berkongsi susah senang bersama kamu.Tapi kamu mesti ingat,untuk dapat kawan yang baik,KAMU kena jadi baik dulu.Ok? :D 

Kat U nanti,selalulah call Mama.Mama da belikan handphone dengan laptop tu,senang sangat nak contact. ^^ Kita boleh calling-calling,skype-ing,texting dan facebook-ing.Jangan tweet tweet Mama,Mama  ni bukan tahu sangat guna twitter ==" Kalau kredit abih,boleh aje mintak Mama topupkan tapi lepas tu jangan dok bergayut dengan bf pulak!Ishhhh,Mama bukan bersangka buruk tapi cuma mengingatkan aje. :)

Kat U nanti,kamu belajar rajin-rajin.Jangan buang masa lepak dengan kawan pulak.Hujung minggu aje pergi Midvalley.Bukan ada apa sangat kat situ,barang mahal aje!(EHH?Cmne Mama tahuu??Mesti dulu pernah lepak Mid jugak!) Haipppp kamu ini,dulu Mama lepak sana sekali aje tau!Tu pun sebab jumpa kawan ^^ Ok,sambung..Kamu kena pandai arrange masa untuk study,riadah,beribadat dan rehat.Mama tak marah kamu main Tweet Tweet atau MukaBuku,tapi kenalah jaga masa.Jangan online sampai lewat malam,pastu ngantok nk pegi kuliah pastu mintak kawan "sign"kan attendence.Ehhhhh?Jadi kamu jangan terleka yaa!

Kat U nanti,takda sapa jaga solat kamu.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.Ingat,jaga solat 5 waktu tu..Kalau boleh,baca Al-Quran juga,AlMathurat sangat digalakkan apatah lagi berQiamulail. :D Amalkan semua ilmu agama yang telah dipelajari selama ini.Kalau boleh,tambah-tambahkan ilmu itu. ^^ Mama tak nampak kamu bersolat,kamu boleh aje tipu Mama cakap sudah solat tapi Allah itu Maha Mengetahui.Solat pun Lillahi Taala bukan sebab Mama suruh ye anakku! :) 

Kat U nanti,jaga auratmu.Memang Mama tak nampak apa yang kamu pakai,tapi Allah tu Maha Melihat.Pakailah pakaian yang menutup aurat,jaga pergaulan kamu dan jaga akhlak kamu.Mama hanya boleh mendoakan dari jauh sahaja. :D insyaAllah,anak Mama ni boleh diharap dan dipercayai. :) Jangan risau,bukan Mama tak bagi berkawan dengan yang berlainan jantina tapi ikut syariat yang ditetapkan ye anakku~Mama pun dulu gilagila jugak masa zaman muda mudi tapi sekarang sudah kurang sikit,nanti terkejut Papa kamu tengok perangai Mama. 
P/s-Mama gila-gila dengan perempuan jer kot..kotlah. ;)

Kat U nanti,semua benda kamu kena uruskan sendiri.Bangun pagi,kena "jenggg" katil kamu elok-elok,lepas belajar,kena kemas dan susun buku kat meja tu,basuh mug yang kamu guna untuk minum kopi (untuk stay up) tu..jangan tunggu sudah berkerak baru nak basuh ==" Kamu kena latih diri tu semua,nanti da kahwin..Tak kuasa Mama nak buat benda itu untuk kamu.Cukuplah selama 18 tahun nii.Duhhh. ==" Ehhh,Mama bukan merungut tapi kamu kena praktikkan apa yang Mama buat depan kamu selama ini ok anakku? :D

Last but not least,anakku..Jika kamu sudah ada pilihan hati tu kamu kenalkan kat Mama.Jangan risau,Mama tak marah.Dulu Mama pun macam itu*dulu zaman jahil-jahil dulu* tapi Mama siap inform lagi kat nenek kamu tau!Tak caye,tanya nenek kamu. :D Nak dating pun bawak parents*againnn,tu zaman dulu kalaaaa* Huahuahua!Ok,Serius.Niatkan dalam hati kamu,nak cari jodoh untuk berkahwin hingga ke syurga bukan pasangan untuk berseronok sebulan dua.Nehi nehi!Itu tidak boleh.Nanti kalau bercinta itu,janganlah bergalak sangat.Masih kena jaga batas pergaulan sebab belum CONFIRM lagi dia akan jadi pasanganmu hingga ke syurga. :)

Lots of love,
Athirah Nur Zawani-your Mama.


Inilah saja pesanan yang mampu Mama titipkan.Semoga kamu menjadi anak yang menyejukkan hati ini.insyaAllah. :)

 If you ever read this,remember that I love you so much that I get so worried to let you go to the real world. :')

xoxoxoxoxoxooxxoxoxoxoxo

Dear friends,your mother does feel the same. :) Jadi kita ikotlah nasihat mereka ye.Memang nasihat itu dalam bentuk bebelan but it's for our own good.Ok? :D 

Selamat Belajar di Universiti/Matriks/Form 6 dll!Jangan risau,ilmu Allah itu takda sempadan.Amiklah ilmu sebanyak-banyaknya dan amalkan dalam hidup kita.Jangan rasa rendah diri kalau kita kurang daripada orang lain,setiap orang telah ditentukan rezekinya.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :D


P/s-Kesiannya anak aku kena bebel macam tu nanti =="






Monday, May 14, 2012

All for You.

Patience


Mula-mula teragak-agak nak post tentang ini tapi rasa incomplete gila bila tak post tentang perkara yang memberi pengajaran kepada diri ini. >,< Rasa macam kedekut sebab tak share,so yeah saya akan share jugak!

Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Jumaat lepas,saya ke Hospital Pakar Puteri untuk melawat kawan kepada member usrah.Jadi secara official saya tak begitu kenal dia melainkan nama sahaja tapi still,we are sisters!Kan muslim itu bersaudara? ;) 

Dia dan 4 adik-beradiknya ditimpa kemalangan.Seorang meninggal dunia,dia pula ditempatkan di ICU (tapi sekarang sudah ke wad biasa,Alhamdulillah) manakala yang lain cedera ringan.Tidak perlulah untuk menceritakan detik-detik kemalangan kerana saya tak berapa tahu.Saya hanya menceritakan apa yang saya lihat dan ambil pengajaran darinya.

Bila dengar tentang kemalangan yang menimpa,jantung ni bergegar jugak walaupun tak kenal orangnya.Masa masuk ke bilik sakit,saya menyalam ibu mangsa.Rasa sayu hati tapi taklah diluahkan.Saya lihat ibunya lebih tabah,boleh tersenyum,boleh bergurau..Tidaklah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.Oh,kuatnya beliau :') Kalau saya berada kat tempat beliau,rasa diri ni pengsan sebab anak-anak yang dilahirkan cedera sebegitu.Nyata,imanlah punca kekuatan beliau.Ya Allah,nak jadi kuat macam ibu itu!

Teringat pulak masa adik saya,Izzat cedera sebab main ragbi.Saya tengok darah mengalir kat dahi dia.Air mata mengalir dari nak tido sampai ke pagi.Tapi Izzat chill aje (mungkin sebab da banyak kali cedera so tak kesah sangat).Ok,sumpah akak dia yang emo sangat.Tapi macam tulah,rasanya saya belum cukup kuat untuk hadapi ujian sebegitu. T.T Allah beri saya pengajaran dengan melihat kejadian yang menimpa orang lain.Oh Tabahnya hati mereka. :'(

Semoga Allah berkati keluarga itu dan cucuri rahmat keatas Almarhum.
Al-fatihah.

P/S-teringat lirik lagu Maher Zain,I love You so.
"My love,my life,my days,my nights,my wealth,my prayers ALL for You"










Saturday, May 12, 2012

MARA Interview 2012

(belum apa-apa da letak gambar.hak hak)


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Ampun beribu-ribu kali ampun sebab lama tak meng-update blog. T.T Idea banyak*perghh bajet sungguh* tapi masanya ngak ada dong.Minggu ni rasanya minggu yang paling memenatkan >,< Hihi.Tapi Alhamdulillah,dapat lalui dengan baik! ^____^

Oh oh yaaa,saya nak habaq mai yang saya dapat pergi interview MARA!~Wahhhh,kembang semangkuk jugak ni.Sebenarnya sudah plan nak ke KL minggu ini tapi tiba-tiba dapat tawaran interview,terpaksalah lupakan hasrat di hati nak berkumpul dengan classmates for the last time. :'( Ibarat lagu Shila Amzah,"patah seribu hatikuuuuuuu.." Ok,sudah merepek.Tapi Allah lah sebaik-baik perancang..Mungkin ada hikmahnya tak ke KL*trying to be positive minded* :D 

Ok,back to the topic.Mesti sume orang CURIOUS kan macam mana interview MARA kali ini?Ahak ahak!I felt the same also BEFOREEEEE the interview.After the interview has finished,gua rasa macam nak terbang beb!Whahaa!

Tahun ini,interview MARA sudah dibahagikan kepada beberapa kategori.

Pertama,untuk bakal-bakal pendidik mereka akan ke KL untuk interview dan prosesnya seperti biasa.Pegawai MARA akan berkata.."Tell me about yourself,Why do you choose this instead of that,Why we should pick you etc etc sukati dia lah nak tanya apa" Ahak ahak!Rasanya ini lebih mencabar kot sebab korang akan eye-to-eye dengan panel berkenaan.Silalah bermain eye-contact yang betul bukan yang gatal ye! :P

Kedua,untuk pendidik TESL pulak,mereka dikehendaki membuat essay on the spot!Pergh pergh >,< Ni serupa macam SPM der~~Proses interviewnya tak pasti pulak macam mana.

*Saya bukan pemohon kategori pendidik dan TESL,maaf kalau salah.If there's any addition,please let the readers know* :)

Ketiga,Hahh!Hahh!Ini lah yang saya mohon!! :D 

So,let me explain as detail as I want.Wahahah!Ehem!

Firstly,we are grouped consist of 8 people*Kalau kurang tu,orang tu tak datanglah ye* Then,we were sitted according to our numbers on the name tag.*jangan risau,duduk macam kat kelass gituwww* After that,one of the panels read about our case.*Haaaa,macam CSI kan?* :P Then we had to discuss about the case,and had to make one conclusion.

Cehhh..nampak macam serius aje but no!Korang akan berbincang elok-elok,kalau ada perbalahan pun selesaikan baik-baik*Jangan ada yang angkat kerusi pulokk* Main point kat interview ini ialah macam mana korang lead satu case tu,macam mana korang bekerjasama antara ahli kumpulan,macam mana korang bercakap dengan group members,macam mana korang bercakap dalam English secara SPONTAN ok SPONTAN!

Bagi saya personally,interview secara berkumpulan lebih seronok.Mesti hilang nervous tu dan boleh berbincang*tapi masa Q&A tk boleh la ye*.Interview ini lebih kepada critical thinking:you have gotten the case,you have to think right here right now!

Dan..sesungguhnya interview ini MUNGKIN,MUNGKIN tiada kaitan secara langsung dengan bidang yang kita nak.*secara tidak langsung,YA* Jadi,janganlah frust bila tengok panel tak tanya pun pasal Medic*contohnya*,walhal malam tadi punyalah pulun baca tentang Medic.Takpelah,anggap sebagai bonus!Dapat ilmu ye dak? ^____^

Macam saya,seriusly tak tahu apa-apa pasal BIOTECHNOLOGY.Lepas dapat tawaran interview,perghhhhhh 2,3 malam search tentang biotech.Tanya seniors macam mana belajar Biotech,cari tentang jenis-jenis biotech etc etc. T.T SKEMA GILAAAA AKU!whahaa.Tapi Alhamdulillah,terus ada menyemai benih-benih cinta kat biotech ni. ^____^ Ingat senang ker nak jatuh chenta pada bidang baru?Susah tahu >,< Rasanya bape kali pujuk hati supaya terima tawaran interview ni supaya dapat jadikan pengalaman nak citer kat anok-anok nanti?Hihi.Again,Alhamdulillah! :D

Right now,berdoalah agar semua urusan dipermudahkan.Haaa,saya ni macam-macam plan ada.Backup plan,Long-term plan dan lain-lain.Harap one of the plans tu dipermudahkan.InsyaAllah! :)

Sunday, May 6, 2012

Wedding and Reunion,all in one.

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. :)

It has been a hectic weekends for me.Ya Allah!Penat sungguh sekarang ini tapi gagahkan diri untuk menaip jugak.Hope my writing brings benefits to the readers! :')

Sabtu yang lalu,*cehh ayat tadika* saya pergi ke majlis perkahwinan pakcik kepada kawan baik saya,Zaimah. :) Memandangkan Bonda Zaimah ni cikgu English saya time skola rendah dulu..maka majlis perkahwinan ini ibarat reunion untuk saya!Saya jumpa dengan cikgusssss sekolah rendah dulu.Erkk,tetiba teringat zaman dolu-dolu kena rotan sebab tak buat kerja maths,cikgu merajuk sebab tertido time kelas tambahan. :'( Jahat jugak diri ni dulu-dulu. xD Alhamdulillah,cikgu-cikgu still baik macam dulu.Barang yang lepas jangan dikenang ye dakkk?Hihi.

Dan yeah,saya juga bertemu retisss terhebat di SMKTUN- Sir Zainal.Lol.
We did snap a picture.Yelah,peluang bertemu retissss seumur hidup.Hihi. :P

Nadiah,me*look taller,thanks to the heels.HAHA*,Sir Zainal,Zaimah and Shafiqa.

Semasa pengantin bersanding,Mama saya dan Mak Nadiah dok sibuk bincang pasal anak-anak dara diorang yang akan ke universiti nanti manakala..Si anak-anak dara dengan Sir Zainal sibuk bincang konsep perkahwinan.WHADDAHECK? Memandangkan sekarang ni perkahwinan Kak Dena tengah jadi hot issue,saya dan Nadiah pun make a comparison*sumpah takda kerja!* dan sibuk membayangkan OUR WEDDING-TO-BE PUNYA CONCEPT. T.T 

Tetiba emak-emak kitaorang ini pun mencelah,"Jangan nak berangan!Belajar pun belum lagi..!!!"
Tersentak jugakle anak-anak dara ini.Haaaa,amikkk ko!Hihihi.Terus stopkan perbincangan.



"Girls, protect your dignity,your heart and guys, please protect the girl you love. Please save your love story. Choose someone to marry, not someone for you to only walk around and be happy."  - Dena Bahrin


SEE?
Kak Dena memang satu fenomaniaaaaa sekarang! :D

OK,SUDAH TU WANI.SABO SABO! :P
xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo


Bila tengok muka cikgu-cikgu sekolah rendah haritu,semuanya sama aje.Ada yang makin slim plak tu >,< Hihi.Alhamdulillah,saya masih ingat lagi nama mereka dan sangat terharu bila mereka ingat lagi nama saya. :') Rasa macam baru sekejap aje tinggalkan sekolah rendah tapi da lebih 5 tahun rupanya! oO
See how the years fly!