Monday, January 9, 2012

Ukhuwah Itu Indah.

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia.

Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia.

Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia.

Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia.

Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).

Artikel iluvislam.com


Refleks Diri

Saya bukan nak cakap tentang saya tidak ada kawan sejati etc etc.Tapi bolehkah saya menjadi seorang kawan yang sejati?Ape-ape hal pun kita mula dengan diri kita dulu.Jangan tanya apa kebaikan yang orang buat pada kita tapi tanya diri apa kebaikan yang kita buat pada orang?

Hurmmm..Entahlah.Macam yang kita selalu baca,kawan sejati bukan orang yang membenarkan kata-kata kita tapi yang berkata benar kepada kita.Hurmmm.. :| Saya sendiri tak tahu saya boleh jadi seorang kawan yang sejati ke tak.InsyaAllah,saya cuba! ^^

Sekarang ni memang tengah rindu sangat-sangat kat kawan-kawan.SEMUA!tiada yang terkecuali. ;) Masa kat asrama dulu,kawan ni macam tulang belakang saya.Kalau saya ada masalah,merekalah orang yang membantu.Yelah,parents takda kat asrama.Takkan nk call Mama 24 jam. == abeh duit nanti!

Kalau sorang kawan down,yang lain mesti tolong "cheer up" kan dia! :D

Kalau sorang tension nak exam,yang lain tolong relakskan dia walaupun time tu nk dekat exam da! :O Teringat masa first day SPM,sy menangis *okay,ni tabiat setiap kali nk exam besar*.Bila kawan-kawan nampak,diorang terus peluk saya.Terharunya! :')

Kat sinilah saya belajar ukhuwah sejati,Alhamdulillah..

Kawan-kawan,Uhibbukum Fillah Abadan Abada.