Saturday, January 28, 2012

Dear SPM candidates 2011.

ATTENTION!

To all dearest SPM candidates 2011,

The day that you've been waiting for is coming.
Please make yourself calm and be prepared with what I'm going to tell you.

The Sijil Pelajaran Malaysia results will be released on. . .




22.03.2012

Lets not stop hoping and praying for the best!

Whatever the result is,make yourself "Reda" with it.

If we succeed,say "Alhamdulillah All praises to Allah!"

But if we do not succeed,keep saying "Alhamdulillah . ."
Though we may feel heartbroken,please have faith to Allah because He knows the best for us.
Do not give up!Not getting straight A's in SPM is not the end of life.But we must work hard for it. (berusaha bersungguh-sungguh,kemudian berdoa dan bertawakal kepada Allah).That is the right concept of "Reda" :)




We may also be crying for not getting straight A's but please do not blame the 'takdir' that Allah has set for you.

Kalau kita menyalahkan takdir,bermakna kita tidak bersyukur kepada Allah.Dan apabila kita tidak bersyukur kepada Allah,apakah maknanya?

Ya,kufur nikmat.
Kita belajar dalam Pend.Islam form 4. ;)

Lets take a look at this.
It may comfort you a bit.

9A+!
Siapa yang tak nak?
Heeeee.


Lastly,don't forget to keep on praying! ;)

P/S : Post ni lebih untuk menenangkan hati saya sebab takut tak dapat straight A's.Tapi kita mesti terima ketentuan Allah itu dengan hati yang terbuka. :) Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita.Semoga post ini bukan hanya sekadar post ye cik Wani,kita kena amalkannya. ;)



Friday, January 27, 2012

Jom Layannnn!

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera! :)

Alhamdulillah,mata belum nak tido lagi.Biasanya Wani dah tido TEPAT pada pukul 10 malam.Err..memandangkan sekarang ni takda komitmen sangat,jadi masa tido telah dilanjutkan.HEEEE. :D

So pada malam yang agak romantik ni,Wani nak share lagu yang Wani suka dengar.Aicecehh!

Lagu-lagunya sangat sweet dan sedap didengar.Kalau dengar jer mesti Wani da senyummmmmm sampai ke telinga. ^______________^ Dan harap-harap,I can dedicate these songs to my-future-husband.Ayat macam gatal je kan?Ahaha.

Tapi SERIOUSLY,Wani memang nak buat!

Here are the songs ;



Mabrouk by Irfan Makki
Lagu ni agak catchy jugak!Bila dengar lagu ni rasa macam excited!Kalau pasang masa kenduri kahwin confirm meriah.Heeee.




Barakallah by Maher Zain

Barakallah lakuma

Allah bless to both of you

Wa baraka alaykuma

and bless upon both of you

wa jama'a baynakuma fiy khair

and bring both of you together in benevolent


Sangat NICE kan? :)






A Thousand Years by Christina Perry
"I've loved you for a thousand years.."




For The Rest of My Life,Maher Zain.

Sedetik Lebih,Anuar Zain.

and lots more! ;)


Buat masa sekarang,simpan dulu ye cita-cita itu. :P I still have a longggggggggggggggggggg way to go. . .

Dan calon pun takdak lagi.

So simpanlah dulu. :)

Okey,malam da makin larut,Baik pegi tido.Dah lah tido sorang-sorang,baik tido sekarang.

Adios!

Wednesday, January 25, 2012

Before it's too late..

Masa bangun pagi,badan rasa sengal-sengal ditambah dengan selsema pulak tuh. :(
Oh tidak,aku demam!~
Memandangkan hari ni demam,jadi sume yang aku buat kurang menjadi..Terpecahkan botol kaca,nk masak pun macam takde rasa dan lain-lain..

Last-last,aku mengadap cerita Korea ( okey,demam tapi boleh tengok cita Korea.hebat betul!) :P Jangan contohi daku

Tup tup dapat SMS dari adik dorm..

" Ibu meninggal dunia pukul 9.30 pagi di HUKM"
Hati aku tiba-tiba terdetak..

"Ya Allah,beratnya ujian awak!"

Memandangkan aku belum pernah rasa ( dan belum ready nk rasa) kematian orang yang paling disayangi di dunia ni..Aku hanya boleh beri semangat saja..Nak kata lebih-lebih pun tak boleh.Yelah, "Berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya"

" *****,be tough ok!Jangan lemah semangat.Doakan ibu awak
bahagia di sana.Doa anak yang solehah makbul tau.Be a good muslimah
untuk saham ibu awak juga.Ada hikmah disebalik sume ni.Jaga diri baik-baik k!
And jangan lupa study walau apa pun terjadi.Allah takkan bebankan hambaNya
dengan apa yang dia tak mampu.ok!"

Send!

Aku tahu yang dia akan jadi kuat.InsyaAllah..
Hati ini rasa macam nak pegi kat dia..
Tenangkan hati dia,Peluk dia,dan bagi semangat kat dia!
Aku penah jugak lalui kesedihan kat asrama dulu dan adik dorm ni antara yang bagi aku semangat supaya tak down sangat.

Sekarang ni,aku hanya mampu berdoa semoga dia kuat menjalani kehidupan seterusnya.
Bantulah dia Ya Rabb..

Bila fikir-fikir balik,Allah baru beri aku ujian demam dan aku da lemah macam apa.Ada orang Allah bagi ujian yang lebih hebat tapi dia masih kuat.So,aku muhasabah balik semula dan kuatkan hati hadapi demam ini!

Kalau dapat kebaikan dari Allah,kita bersyukur.
Kalau dapat sesuatu yang kurang baik,kita kena bersyukur sebab itu dari Allah.
Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Percayalah!

Satu lagi pengajaran yang aku dapat ialah kita mesti hargai ibu bapa kita sementara masih ada.Kita mesti taat suruhan mereka selagi tak bertentangan dengan agama.Thats it!Takut andai masa mereka dah tiba,kita menyesal tak sempat buat baik kepada mereka. :( Dan kita berusaha jadi baik untuk saham ibu bapa kita juga.Bukankah doa anak yang soleh makbul? :)

Thursday, January 19, 2012

Lelaki Yang Gentleman.

Assalamualaikum WBT wahai readers sekalian! :)

Ahaaa,saya sudah khatam satu lagi Drama Korea (okey,lepas ini stop kejap!) T.T
Tajuknya ...
"Three Daddies with One Mummy"


Cerita ni cerita komedilah.Korang akan gelak dari start tengok sampai akhir. ;)
Tapi..samping gelak-gelak tu ada sedihnya jugak. :')

Bila saya tengok heroes (sebab ada tiga) jaga baby tu (Haseon) dengan penuh kasih sayang,hati pun terusik..
"Awwwww,comelnya diorang"
"Gentleman seyy"
dan lain-lain.
Ahahaa.

To be truth,lelaki memang sangat comel dan gentleman bila dia jaga budak-budak. ^^ Nampak sangat kebapaan!
Comel tak???
Nilah Haseon.
:)

So,to all gentlemen out there!
Sama-samalah belajar jaga budak-budak/baby/anak-anak.Jangan bebankan perempuan aje k?Buat yang da berkahwin,boleh tolong ringankan tugas isteri.
Buat yang belum kahwin,biasa-biasakan diri dengan budak-budak.Budak-budak ni comel tau! :D

Rasulullah dulu pun suka budak-budak tau!Baginda jaga cucu baginda dengan penuh kasih sayang.


jejaka-jejaka idaman.kwang3! :P

Monday, January 16, 2012

Because I'm Malaysian lah!

Lokasi : Guardian,Jusco Taman Universiti
Waktu : 6.00 petang gitu?

Tiba-tiba handphone bunyi.Oh,Thivya Maran yang call rupanya.Dalam hati terdetik "Apasal dia tk pulangkan hp kat pelatih PLKN lagi?" Ahahaha.So,bermulalah perbualan antara dua orang kawan yang macam makcik-makcik ni.

A ialah saya,T ialah Thivya.

A : Aik?ko tk bagi hp kt diorang lg ke?

T : Belum-belum.Malam ni aku bagi.

A : Ohhhh,ko wat apa je sekarang ni?

T : Tengah lepak-lepak.Bosanlah..belum ada aktiviti sangat pun.Bla..Bla..Ko wat apa pulak?

A : Aku kt jusco ni.(sajee nk bagi jelous) :P

T : Amboiiii kauuuuuu!!!Semalam pergi Angsana,arini Jusco.Berjalan aje kerja.(alaaa,jelous lah tu)

A : Ahahhaha.Apa pulak?Bosan tau dok rumah.. :(

T : Kitaorang pun bosan.Aku baru balik dari temple ni..Ada perayaan sikit.

A : Ohhhh,Ponggol eh? (Tak tau eja.Sorry kalau silap)

T : Eh?Mana kau tau?Ko ada Bf indian kaaa? ( Tkda benda lain nk ckp ler tu)

A : Apa seyyyy ko.Aku taulah,ko kan kawan baik aku. (Aicece,ayat baik punya!)

T : HAHAHA.Mana tau tiba-tiba ko ada Bf indian..

A : Takdelah..haha.Kalau ada pun nk Korea! (ERKKKKKKKK!!)

Dan perbualan kami berlansung selama beberapa belas minit.Aku dengan Thivya ni kalau da bercakap sure tak boleh berhenti.Hikhik. :P

So mesejnya ialah "Kita mestilah peka terhadap perayaan setiap kaum di negara ini".Jangan tak amik tau langsung.Wish lah kawan-kawan kita okey!


Okey-okey,yang pasal Korea tu lupakanlah.Ahahhaha.Bukan suka gila-gila pun,minat je ;) Dan saya tk cari yang jambu-jambu.Yang penting hati mesti baikkkkk maaa. :D

xoxoxoxoxoxoxoxo

Ni nak promote cita Korea yang best.Bestlahh,sedih pun ada jugak.
Sedu sedan layan.
Lagu ni best.Hero dia yg nyanyi ^^
49 Days(tengok je jgn percaya pulak pasal kita boleh cari sincere tears in 49 days bla bla tu)



P/S :Kalau mak korang marah tengok cita Korea memanjang,apa kata korang guna cara ni.Korang tengok cita Korea sambil lipat baju,kupas bawang,kopek ikan bilis etc etc.Confirm mak korang kurang marah. ;)
I've tried!Okeylah,Mama tk marah.wink! :D

Wednesday, January 11, 2012

Solat Sunat Dhuha.

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.Tempoh masa waktu dhuha ialah 8 pagi till 11 pagi.insyaAllah,kita mudah memperoleh rezeki daripada Allah SWT.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Lastly,kita baca doa Dhuha.

Doa Dhuha ni sangat indah.Ceh ceh!Yang penting,kalau kita ada masa kita try buat solat Dhuha ni ok! :D


Monday, January 9, 2012

Ukhuwah Itu Indah.

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia.

Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia.

Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia.

Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia.

Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).

Artikel iluvislam.com


Refleks Diri

Saya bukan nak cakap tentang saya tidak ada kawan sejati etc etc.Tapi bolehkah saya menjadi seorang kawan yang sejati?Ape-ape hal pun kita mula dengan diri kita dulu.Jangan tanya apa kebaikan yang orang buat pada kita tapi tanya diri apa kebaikan yang kita buat pada orang?

Hurmmm..Entahlah.Macam yang kita selalu baca,kawan sejati bukan orang yang membenarkan kata-kata kita tapi yang berkata benar kepada kita.Hurmmm.. :| Saya sendiri tak tahu saya boleh jadi seorang kawan yang sejati ke tak.InsyaAllah,saya cuba! ^^

Sekarang ni memang tengah rindu sangat-sangat kat kawan-kawan.SEMUA!tiada yang terkecuali. ;) Masa kat asrama dulu,kawan ni macam tulang belakang saya.Kalau saya ada masalah,merekalah orang yang membantu.Yelah,parents takda kat asrama.Takkan nk call Mama 24 jam. == abeh duit nanti!

Kalau sorang kawan down,yang lain mesti tolong "cheer up" kan dia! :D

Kalau sorang tension nak exam,yang lain tolong relakskan dia walaupun time tu nk dekat exam da! :O Teringat masa first day SPM,sy menangis *okay,ni tabiat setiap kali nk exam besar*.Bila kawan-kawan nampak,diorang terus peluk saya.Terharunya! :')

Kat sinilah saya belajar ukhuwah sejati,Alhamdulillah..

Kawan-kawan,Uhibbukum Fillah Abadan Abada.

Saturday, January 7, 2012

Dilemma : Sekolah Berasrama atau Sekolah Harian?

Assalamualaikum wbt. :)
Jom kita discuss tentang topik popular dikalangan form 4 sekarang.
InsyaAllah,next week pelajar form 4 akan dapat tawaran ke SBP,MRSM dll.
phew~

Tapi..korang esti ada perasaan berbelah bagi nak pergi asrama ke tidak.Biasalah tu,sy err..akak pun rasa benda yang sama jugak.

Sebenarnya pilihan tu terletak kat tangan korang,janganlah letak satu andaian yang korang tidak berjaya kat sekolah harian dan korang confirm berjaya kat sekolah asrama.Sebab kejayaan itu bergantung kepada usaha kita,bukan sekolah kita.Mungkin sekolah mempengaruhi sikit ajelah.

So,macam mana nk tahu korang perlu ke tak pergi ke sekolah berasama?

1. Buat Solat Istikharah.
Walaupun apapun pilihan yang kita buat,Allah ada penentuan yang lebih baik.Kalau korang rasa tenang or dapat hint yang sekolah asrama lebih baik,then pergi.Begitulah sebaliknya.Yang penting,korang kena percaya dengan takdirNya.ok?


2. Muhasabah Diri.
Hurmm..Muhasabah diri ni maksudnya korang menilai diri korang.Kalau korang boleh susun waktu belajar dengan baik di rumah,lebih baik duduk rumah.Tapi kalau korang ni jenis kaki FB dan kaki game etc,baik korang duduk asrama.Korang kena ingat,masa form 4 dan form 5 ni bukan boleh main-main.Korang kena struggle untuk dapat keputusan yang cemerlang ok!Jangan risau,kat asrama pun boleh online (SAMURA lah,yang lain tktau) tp tak selalu. ;) Tapi okeylah daripada tak dapat online langsungkan?Hehe.Bersyukur!


3. Pendapat
Korang boleh minta pendapat orang-orang terdekat sama ada perlu ke tak pergi ke asrama.Ibu bapa korang sendiri contohnya,mesti tahu kemampuan korang dan nk yang terbaik untuk korang.InsyaAllah diorang dapat bagi pendapat untuk korang ok?


Lastly,kehidupan kat asrama taklah seindah kat rumah*seriously* tapi tklah teruk sangat.As long korang jaga diri dan akhlak korang,sumenya akan okey! ;) Seronok tau hidup kt asrama.Korang akan belajar hidup dengan kawan-kawan.Nanti taklah terkejut sangat masa di universiti.

Buli?Hurmmmm..jaranglah berlaku.Yang penting,kena well-behaved!insyaAllah,takkan berlaku ape-ape.Orang yang tk well-behaved aje yang selalu buli + banned ni.Seniors taklah kejam sangat.Sume sibuk nk SPM dik oiiii!~


Sunday, January 1, 2012

Petua Kecantikan.

  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
  • Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.


xoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Terdapat juga petua untuk mencantikkan kulit muka.Murah dan mudah! ;) Korang blh dapatkan bahan-bahan kt dapur aje.So,kena rajin-rajin masuk dapur ye!

Petua untuk tegangkan kulit muka.

Pilihan 1 – Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.

Pilihan 2 - Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Pilihan 3: Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 4: Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.


Khasiat Tomato

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/03/khasiat-tomato-untuk-kecantikan.html#ixzz1iBesFhLb


Selain itu,saya secara peribadinya (serius ni) guna air beras dan campuran oat dan susu untuk kulit muka.Memandangkan ekonomi tak bape nk stabil lagi,jadi kenalah guna bahan-bahan kt rumah ini untuk cantik. ;) Tak mampu nk beli produk mahal-mahal.Hehe.Saya belum kerja lagi ;P


Air Beras.

Semasa basuh beras yang kita nak masak tu,kita simpan airnya.Lepas itu,bilaskan air beras tu kt muka.Air beras ni boleh elakkan kulit berminyak dan untuk licinkan kulit. ;) insyaAllah.


Campuran Oat dan Susu.

Campurkan oat dan susu(sedikit saja).Tambahkan sedikit air dalam campuran.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekejap untuk pekatkan campuran itu.Lepas tu baru sapukan campuran tu di muka.Biar selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.InsyaAllah,muka akan lebih licin dan kurang berminyak.


Kulit Pisang.

Kepada sesiapa yang suka makan pisang tu,lepas ni jangan main buang aje kulitnya.Sapukan kt muka lebih-lebih lagi kat tempat yang ada parut.Tak kesah parut jerawat ka,demam campak ka.InsyaAllah kalau rajin amalkan,parut tu akan hilang.Terima Kasih kt Nabila Huda sebab share tips ni dengan saya (teringat time ko ajar aku tu).


So,korang trylah amalkan.Senang dan jimat! ;)