Tuesday, February 21, 2012

Cerita Cinta Si Pemakai Tudung Bawal.

Amaran!
Cerita ini tidak ada kena mengena dengan penulis blog.
Hanya untuk dibaca dan dikongsi bersama. ;)

xoxoxoxoxoxoxo

Cerita ini saya dapat sewaktu kungjungan ke SAMURA *ehem ehem* :) Jadi of course mereka ni bukan batch 28.Tak perlu tahu siapa mereka,tapi ambil pengajaran daripada cerita mereka.OKEY?

Pada suatu petang yang hening,ketika semua pelajar sedang beriadah *sigh*.Si lelaki ni ternampak buah hatinya.Maka terjadilah satu perbualan antara mereka.

Boy : ***,tudung awak jaranglah.

Girl : *diam dan tak layan*

Boy : Dengar tak ni?Tudung awak jarang.Kenapa pakai tudung jarang?

Girl : Sukatilah,KN tak bising pun!Awak bising kenapa? *kebetulan KN ada*

Boy : Sebab..Saya sayang awk,KN tak sayang awak.

Girl : . . . .

The End

Cerita ini adik dorm yang bagitau.
Diorang tak abeh-abeh cakap "Akak!Sweetkan?Sweetkan?"
Okeylah,memang sweet pun.*ahaaa,tiada unsur jelous ok!*
I know both the boy and the girl well,REALLY WELL.*ehem* :P Diam-diam eh diorang.Jangan haruk bercinta sangat,study tu lebih penting okey?Arasou? ;)

xoxoxoxoxoxoxoxo

So,tujuan sebenar nak taip blog hari ni bukan pasal kisah SI AI EN TI AE dua orang ni.Tapi memandangkan boleh relate dengan post,tak salah kita cecita kan?Ahahaha.

Tudung bawal,in my opinion tudung bawal ini tudung yang paling universal sekali.Boleh dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bentuk muka.So,senanglahkan?Walaupun sekarang ni popular dengan tudung Ariani etc etc etc,tudung bawal masih lagi ada peminatnya. ^^ Tapi..satu aje kelemahan tudung ni iaitu tudung ini agak jarang.Duhhhh~ ==



sekadar tontonan okey.

Jadi,how to solve this problem?
How,how and how?

Firstly,mesti orang cakap pakailah anak tudung yang full.Thats right!Totally agree!Tapi still nampak bayang-bayang leher kita.
Erk,nampak ke?
NAMPAK..kecuali kalau pakai tudung warna gelaplah. ;)

Then tell me how to solve this problem?

Dulu saya pun pakai tudung bawal macam biasa,tapi lama-lama terperasan yang tudung ini nampak jarang terutamanya yang berwarna cerah.Jadi saya pun tercari-carilah solution sehinggalah saya terjumpa ini!



Jeng jeng jeng!Haaa,pernah nampak tak tudung adik-adik kita yang tadika tu?Tudung tulah.Saya pakai tudung tu dulu then baru pakai tudung bawal. ^^

Hasilnya?
Taklah nampak bayang-bayang leher tu!

Tapi..Tak panas ke pakai tudung tadika tu lepas tu pakai tudung bawal lagi?

Jawapannya..Mestilah tak!Alaaa,macam kita pakai shawl dengan inner.Sama aje! ;) Lagipun,tudung bawal agak nipis,jadi taklah memanaskan. :)
Trust me!


Kalau pakai tudung tadika tu tak dapatlah buat ala-ala butterfly tu (pin kiri dan kanan)?

Boleh aje!pakai tudung tadika tu then masukkan kat baju.(Macam pengawas sekolah rendah dulu) Then buatlah butterfly ke apa ke. ;)

So,lets give it a try! ^^