Sunday, January 1, 2012

Petua Kecantikan.

  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
  • Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.


xoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Terdapat juga petua untuk mencantikkan kulit muka.Murah dan mudah! ;) Korang blh dapatkan bahan-bahan kt dapur aje.So,kena rajin-rajin masuk dapur ye!

Petua untuk tegangkan kulit muka.

Pilihan 1 – Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.

Pilihan 2 - Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Pilihan 3: Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 4: Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.


Khasiat Tomato

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/03/khasiat-tomato-untuk-kecantikan.html#ixzz1iBesFhLb


Selain itu,saya secara peribadinya (serius ni) guna air beras dan campuran oat dan susu untuk kulit muka.Memandangkan ekonomi tak bape nk stabil lagi,jadi kenalah guna bahan-bahan kt rumah ini untuk cantik. ;) Tak mampu nk beli produk mahal-mahal.Hehe.Saya belum kerja lagi ;P


Air Beras.

Semasa basuh beras yang kita nak masak tu,kita simpan airnya.Lepas itu,bilaskan air beras tu kt muka.Air beras ni boleh elakkan kulit berminyak dan untuk licinkan kulit. ;) insyaAllah.


Campuran Oat dan Susu.

Campurkan oat dan susu(sedikit saja).Tambahkan sedikit air dalam campuran.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekejap untuk pekatkan campuran itu.Lepas tu baru sapukan campuran tu di muka.Biar selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.InsyaAllah,muka akan lebih licin dan kurang berminyak.


Kulit Pisang.

Kepada sesiapa yang suka makan pisang tu,lepas ni jangan main buang aje kulitnya.Sapukan kt muka lebih-lebih lagi kat tempat yang ada parut.Tak kesah parut jerawat ka,demam campak ka.InsyaAllah kalau rajin amalkan,parut tu akan hilang.Terima Kasih kt Nabila Huda sebab share tips ni dengan saya (teringat time ko ajar aku tu).


So,korang trylah amalkan.Senang dan jimat! ;)