Monday, May 14, 2012

All for You.

Patience


Mula-mula teragak-agak nak post tentang ini tapi rasa incomplete gila bila tak post tentang perkara yang memberi pengajaran kepada diri ini. >,< Rasa macam kedekut sebab tak share,so yeah saya akan share jugak!

Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Jumaat lepas,saya ke Hospital Pakar Puteri untuk melawat kawan kepada member usrah.Jadi secara official saya tak begitu kenal dia melainkan nama sahaja tapi still,we are sisters!Kan muslim itu bersaudara? ;) 

Dia dan 4 adik-beradiknya ditimpa kemalangan.Seorang meninggal dunia,dia pula ditempatkan di ICU (tapi sekarang sudah ke wad biasa,Alhamdulillah) manakala yang lain cedera ringan.Tidak perlulah untuk menceritakan detik-detik kemalangan kerana saya tak berapa tahu.Saya hanya menceritakan apa yang saya lihat dan ambil pengajaran darinya.

Bila dengar tentang kemalangan yang menimpa,jantung ni bergegar jugak walaupun tak kenal orangnya.Masa masuk ke bilik sakit,saya menyalam ibu mangsa.Rasa sayu hati tapi taklah diluahkan.Saya lihat ibunya lebih tabah,boleh tersenyum,boleh bergurau..Tidaklah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.Oh,kuatnya beliau :') Kalau saya berada kat tempat beliau,rasa diri ni pengsan sebab anak-anak yang dilahirkan cedera sebegitu.Nyata,imanlah punca kekuatan beliau.Ya Allah,nak jadi kuat macam ibu itu!

Teringat pulak masa adik saya,Izzat cedera sebab main ragbi.Saya tengok darah mengalir kat dahi dia.Air mata mengalir dari nak tido sampai ke pagi.Tapi Izzat chill aje (mungkin sebab da banyak kali cedera so tak kesah sangat).Ok,sumpah akak dia yang emo sangat.Tapi macam tulah,rasanya saya belum cukup kuat untuk hadapi ujian sebegitu. T.T Allah beri saya pengajaran dengan melihat kejadian yang menimpa orang lain.Oh Tabahnya hati mereka. :'(

Semoga Allah berkati keluarga itu dan cucuri rahmat keatas Almarhum.
Al-fatihah.

P/S-teringat lirik lagu Maher Zain,I love You so.
"My love,my life,my days,my nights,my wealth,my prayers ALL for You"