Wednesday, December 26, 2012

Things that I love in Egypt.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,it's winter here in Egypt. :) Tapi..
winter kat sini takda salji,hanya ada angin sejuk,malam yang rasa nak beku bila keluar,air yang sejuk sampai half dead kat bilik air dan saratoga(selimut) yang..macam raksasa comel menelan aku kat katil tak bagi kuar.okay,hyperbola =="
Sejak winter ni,aku memang jarang-jarang sangat keluar malam sebab nanti rasa tangan sejuk,selsema,muka merah pasal darah macam beku kt muka tu so better dok rumah like a good girl. :B

Plus,sekarang tengah study week jadi aku spend masa sepenuhnya di rumah.teheeeeeee!

Okay,back to the topic.

Since i've been in Egypt (Mansoura) for 3 months and a half,there are things that I REALLY LOVE in Egypt. :D Ditegaskan kat situ,THINGS not PERSON.hahaha!

SO WHAT ARE THOSE THINGS??? (caplocks bagai)

UNGKAPAN BASMALLAH.




Orang-orang kat sini akan mulakan dengan "Bismillahirrahmanirrahim" dalam setiap perkara yang mereka lakukan.Contohnya la kan..
Pakcik yang selalu photostat nota kitaorang.Setiap kali dia mulakan kerja untuk photostat,stapler dan lain-lain,dia akan mulakan dengan ucapan Basmallah ini.
Memula aku dengar,aku ingat dia kebetulan cakap tapi tak sebenarnya!Dia akan cakap setiap kali buat sesuatu kerja dan aku macam "WOAH!SAYA AMAT KAGUM!"
Sebenarnya,memang betulpun kita digalakkan ucap "Bismillahirrahmanirrahim" dalam setiap perkara yang kita buat.Tapi aku hanya nampak perkataan tu time makan,study dan masak (sebab makanan akan jadi darah daging kita kembali).
Masa sidai baju,kemas rumah dan the little things yang lain aku tak nampak kepentingan itu! :O Padahal,kita memang digalakkan menyebut nama Allah setiap masa dan ketika dalam kehidupan kita.right? ;)


LAUNGAN AZAN

Haaaaaa,this thing bagi kesan yang sangat,sangat mendalam :') Fyi,kita akan jumpa Musollah kat setiap lorong rumah jadi laungan azan di sini pun banyak kali kita dengar.Kebetulan pulak,rumah aku memang depan dengan Musollah jadi setiap laungan azan dapat didengari dengan clear.Allahu Akbar!
Bila kita dapat dengar laungan azan,of courselah maksudnya kita kena solat dan RASA TAKNAK TANGGUHKAN SOLAT!thats it!
Even pakcik kedai sayur yang aku selalu beli pun akan solat dulu di kedai dia before sambung urusan perniagaan. :')
Kalau kat Malaysia,kaku dengar azan kat tv,radio etc..aku akan solat jugak tapi selepas siap sume kerja.
Tapi kat sini..bila dengar azan aje aku rasa macam "SOLAT DULU NANTI SAMBUNG KERJA" Liddat ouls! :') 
Hopefully dapat amalkan benda ni kat Malaysia jugak!

p/s : kadang-kadang dengar suara budak kecik iqamah untuk solat dan deep inside my heart,aku doa bakal anak-anak aku akan jadi macam tu jugak! :D (K MULA DA BERANGAN DIA.STOP IT WANI!!!)


THE EGYPTIANS

Orang-orang Mesir memang sangat peramah!TRUE STORY.Diorang boleh saling beri salam bila jumpa kitaorang. :D 
Dan diorang tak penah kedekut ilmu!Kenapa aku cakap macam tu?Kitaorang the Malaysian students ni dah lah baru 3 bulan dok Mansoura,terkedek-kedek lagi nak belajar bahasa Arab jadi memang perlu belajar dari orang-orang Mesir sendiri.Selalunya Ammu yang pasang internet di rumah kitaorang akan ajar bahasa Arab kat kitaorang.
Sambil Ammu tu pasang/ betulkan internet, kitaorang pun tanya macam-macam kat dia.Ingatkan dia akan marah tapi tak sebenarnya.Dia akan cuba paham bahasa inggeris kitaorg plus gaya pelik kitaorang plus lukisan kitaorang.Ngeh3. Nampak macam budak-budak yang baru nak belajar ABC! :B
PBL mates aku yang berbangsa Mesir turut sama menolong kitaorang untuk belajar bahasa Arab Ammiyah. :) Disebabkan English diorang terer jugak jadi takda masalah sangat untuk translete ke Arab.  :D Setiap kali lepas presentation PBL,kitaorang buat sesi belajar bahasa Arab jugak!Jyeah!I learn 2 things in 1 time. Alhamdulillah! :)



my PBL mates. spot me? :P



Akhir kalam,doakan kami students di Universiti Mansurah dipermudahkan dan dikuatkan hati untuk menghadapi final.May Allah bless us! :)

and yeah,dapat satu kata-kata daripada Yasmin Mogahed dan ia amat menyentuh hati ini! 


"One of the best tests for love is remembrance. You can't forget what you love, and you can hardly remember what you don't. The more you love, the more you remember. And the more you remember, the more you love."- Yasmin Mogahed-

Okay,mood rindu Malaysia dan seluruh isinyaaaa! :') 
fighting Wani fighting!
6 months to go.









    Monday, November 19, 2012

    Hello Monday!


    I am touched by this..

    Abdullah ibn Umar (رضي الله عنه) reported: Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) took hold of my shoulder and said, “Be in this world as if you were a stranger or a traveler.” Mujahid added: Ibn Umar used to say, “If you survive till the evening, do not expect to be alive in the morning, and if you survive till the morning, do not expect to be alive in the evening, and take from your health for your sickness, and (take) from your life for your death.”

— [Sahih Bukhari, Book 76, no. 425]


    Abdullah ibn Umar (رضي الله عنه) reported: Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) took hold of my shoulder and said,
    “Be in this world as if you were a stranger or a traveler.” Mujahid added: Ibn Umar used to say, “If you survive till the evening, do not expect to be alive in the morning, and if you survive till the morning, do not expect to be alive in the evening, and take from your health for your sickness, and (take) from your life for your death.”
    — [Sahih Bukhari, Book 76, no. 425]



    Assalamualaikum WBT. :)

    Alhamdulillah,midterm has ended.To me personally,I need to improve more,and this really means MORE! :D So,mari kita merajinkan diri membuat kerja dan jangan bertangguh kerja!Jyeah.

    Kuatkan hati wani,kuatkan.

    Beberapa hari lepas,saya dok scroll islamicquotes.com dan saya jumpa hadith ni!
    YES!!sangat mendalam maknanya terutama untuk kita pelajar-pelajar ni!

    Bila terbaca hadith ni,saya boleh "relate" kan dengan nasihat daripada seorang senior.Bak kata omputih :


    "Don't put off tomorrow what you can do today"
     (tak ingat apa yang sebenarnya tapi ala-ala gini laa janji pahamkan maksudnya teheee)

    Dan..
    Senior kami pun menasihatkan kepada kami..


    • JANGAN TANGGUH CASE YANG DIBERI
      -dapat aje case,terus buat malam tu.jangan malam nak present case baru buat.POINT NI KENA BETUL-BETUL KAT BATANG HIDUNG lol >,<
    • JANGAN TANGGUH TOPIK YANG LECTURER AJAR
      -setiap minggu,kami akan belajar case yang berbeza dan dalam setiap case ada topik yang lecturer akan ajar.Jadi diri sendiri kena rajinkan diri "revise" balik topik yang lecturer ajar,fahamkan semula supaya nanti time nak exam final sem tak tergesa-gesa like CRAZZZZYYYYYYYYY nak pahamkan 10 case masa study week!!!! :O

      -Before lecturer ajar tentang satu topik tu,get the review of the topic first (abeh rojak bahasa kuuu) Maksudnya,tengok kat internet or buku tentang topik yang akan kita belajar supaya kat kelas nanti lebih senang faham dan tak-mudah-ngantok-macam-wani.Yeahh,ingat tu!
    • SUSUN JADUAL WAKTU 
      -Susun jadual waktu hmmm..senang aje nak susun tapi bab nak ikut tu sangatlah susah ==" Haip!KENA SUSUN JUGAK supaya kita tahu apa kita belajar harini,kita dapat ulangkaji topik yang lepas dengan teratur dan kita tak perlu ada soalan "nak belajar apa ye harini?" Haaaa,that's it!Now I know why I need to have schedule. ^__^


    Ni antara point yang senior tu bagi untuk kita dapat Mumtaz dan menjadi doktor yang berjaya dunia akhirat. (amin) 


    Lastly,never..Never forget to pray for our muslim brothers and sisters out there. :'(
    Kita kat sini senang-lenang,makan cukup,tidur cukup (kadang-kadang terlebih) tapi mereka siang malam ketakutan,makan tak tentu dan nyawa mereka terancam setiap masa,SETIAP MASA.








    Pray for Palestine



    Enough for today's entry.
    Moga perkongsian ini bermakna.
    Ma'asalamah!







    Wednesday, October 31, 2012

    Eid Milad Saed.


    Assalamualaikum WBT. :)

    Firstly,selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.Moga kita terus menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar.InsyaAllah. :') dan..semoga apa sahaja yang kita lakukan / korbankan diterima oleh Allah.

    So yeah!Mesti semua tertanya-tanya macam mana sambutan Aidil Adha di Mansoura?Jeng jeng jeng.

    Lets check it out!(gimik je lebih.hihi) :P

    A day before tu kami semua berpuasa dan berbuka bersama-sama dengan kak Asma,kak Fatin dan kawan-kawan rumah bawah.Memamg meriah!Punyalah syok masak soto sampai gas abeh. ==" Oh dugaan!Jadi kami semua turun ke rumah bawah untuk tumpang dapur mereka.Hewhew~

    Lepas berbuka,kami bertakbir sama-sama.Serius,masa tu rasa nak meleleh air mata sebab first time raya di perantauan. :') Tapi lama-lama tu ok.Imma strong girl :P Selepas tu,ada sedikit pengisian tentang pengorbanan dari kak Asma.Best! :D Malam tu,kami enjoy tengok movie. (diorang la enjoy sebab wani is sleeping already) 



    Esoknya kami bergerak untuk solat sunat Aidil Adha di masjid Al-Amin (masjid ini khas untuk orang Melayu sebab takbir dan khutbah dalam BM) Tapi sampai-sampai je orang da solat dan ruang solat amat-amat penuh sampai ke luar.Jadi kami tunggu untuk dengar khutbah raya sahaja.Sedey bah first time raya tapi tak solat raya T.T Lepas tu,kami tengok orang sembelih lembu dan kambing (tak sempat tengok unta) dan beraya di rumah akak-akak.Part ni paling best sebab dapat rasa makanan Malaysia macam kuah kacang,laksa dll.Ahak! (nampak tak part kuat makannya tu?) :P Terima kasih kat akak-akak sebab sudi masak untuk kami ni :B

    Malam tu,kami beramai-ramai tunggu pelajar dari Alexandria untuk datang ke sini.Hewhew!Dan sepanjang 3 hari mereka di Mansoura,kami berjalan dan makan macam-macam.Hehe. :) (patutlah gemuk duk Mansoura..food heaven rupanyaa) 

    Penat memang penat tapi rasa seronok sangat.Alhamdulillah tak pikir pasal Malaysia sangat.hewhew.bak kata senior, belajar jauh dengan family pun satu pengorbanan. ;) I can't deny it anymore! 

    Mesti semua excited nak tengok unta disembelihkan? :P Haruslahh,Malaysia takdak unta. (please be jelous) ahak!

    unta before disembelih.
    nampak kan mereka usap kepala unta tu untuk tenangkan nya?

    Photo: pengalaman pertama melihat unta disembelih. :') 
Salam Aidil Adha everyone!
xoxoxo from Mansoura.

    Unta selepas disembelih :)



    gambar with Ana (Alex) dan jiran A5.
    nampak tak muka Wani muka da mandi tu? :P 
    hewhew.

    Info Raya Aidil Adha di Mesir (specific Mansoura)

    1. Takbir raya di sini lebih "keras" dan "tegas" berbanding takbir di Malaysia yang mendayu-dayu buat saya rasa sebak.Huu~

    2. Orang Mesir menyembelih haiwan ternakan di dalam kawasan rumah untuk menutup keaiban haiwan itu.Jadi kalau kita tengok darah mengalir kat kawasan perumahan tu jangan rasa pelik sebab itu adat mereka.

    3. Suasana raya Aidil Adha lebih meriah berbanding Aidil Fitri.Mereka ada coklat yang sedap-sedap (anggap macam kuih raya di Malaysia untuk Aidil Adha).Kereta pun tak banyak di jalan raya.

    4. Orang Mesir solat raya selepas solat Subuh.Maksudnya,dalam pukul 5-6 pagi tu sudah solat sunat Aidil Adha. ;)

    Wednesday, October 10, 2012

    Whenever you feel sad..

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. ;)






    Doa ini Mama beri masa saya nak ke asrama dulu dan saya amalkan setiap kali selepas solat.Alhamdulillah,lepas amalkan doa ni..kalau ada pape masalah or rasa down ke putus chenta ke (haha.ni tipu) saya tak lah sedih lama sangat.Indeed,haruslah ada rasa sedih tapi cepat-cepat recover segala rasa negatif tu.Yeah,jom kita tambah doa ni setiap kali selepas solat.InsyaAllah,kalau ada pape rasa sedih masalah dan lain-lain,kita akan cepat recover. :)


    Sorry for not updating for quite a long time. I've been very busy with lectures,practicals and assignment. Haha,gaya cakap macam pelajar mumtaz (amin) ;) So,what's up everyone?Haha,saya sangat rindu Malizi (orang sini sebut Malaysia sebagai Malizi naseb tk Malay Lazy lol) Da genap sebulan kat tempat orang ni tapi Alhamdulillah,setakat ni semua okey je hewhew ^___^ Still belajar untuk cope kat tempat orang harap semuanya ok.

    Serius,I'm can hardly wait to go back to my hometown-Malaysiaaaaa!!!~but before that,I need to finish my semester 1 and semester 2 with flying colors.Mumtaz insyaAllah! :D


     semalam makan kat Ridz Cafe,restoren owner nya Indonesia tapi masakan Melayu.serius jakun sebab da lama tak beli makanan Melayu.selalunya masak aje ;)

     minggu ni lebih kepada muscles dan skeletal system.jyeah aja aja fighting!!oh ya,not to forget.biochem yg susah :/


    beloved housemates hihi :D


    Sunday, September 23, 2012

    Oh My Arabic!



    Memandangkan saya kini berada di bumi Mesir,jadi saya perlulah belajar bahasa Arab Ammiyah yang menjadi ahasa perantaraan di sini. :D Alhamdulillah,walaupun tak berapa fasih lagi tapi bolehlah bertutur syuwaiyah-syuwaiyah (sikit-sikit). 

    Seronok sebenarnya bila dapat belajar bahasa baru,budaya baru dan masyarakat yang baru. :D Ada yang baik,kita amalkan.Yang kurang baik tu,kita ambil pengajaran. ;) 

    Dan..

    Orang Mesir sangat-sangat suka bila kita bertutur dalam bahasa mereka terutamanya masa urusan jual beli. Kalau kita pandai bertutur,mereka boleh bagi diskaun.Ahak ahak!!Tak pernah minta diskaun kalau duk Malaysia,bila kat Mesir ni  hampir sume kedai kami mintak diskaun.Lols. :P Sumpah muka tak malu anok-anok dara ni 

    Tapi bila orang Mesir tanya meleret-leret..haremm tk paham!Mungkin perlu masa nak ikut rentak percakapan mereka yang laju macam lrt tu.Seriously,terkedu bila dengar diorang cakap.Last-last cakap "ana mush faheem" iaitu saya tak paham dan blah begitu saje.Hehe. >,<






    InsyaAllah,saya akan update tentang culture Arab dibandingkan dengan Malaysia kemudian! ;D Dan nak post gambar-gambar kat sini.Sebenarnya,belum berjalan lagi sebab pergerakan perempuan agak terbatas tapi takpe,apa yang ada nanti saya post. ;) 

    Maasalamah! 


    Tuesday, September 4, 2012

    Why You NO Blogging?

    Assalamualaikum! :)
    Oh yaa,Ana Aseef Ghiddan (saya minta maaf banyak2) sebab dah lama tak blogging.It's just er..busy mem-packing barang,busy buat cookies :P , busy spend time dengan family! <3 nbsp="nbsp" p="p">*I'm going far,far away so kenalah spend time dengan family kan* sila angguk! :D

    InsyaAllah,penerbangan ke Mesir dijangka pada 10hb September 2012,menaiki Egypt Air,pukul 10 malam,akan transit di Bangkok dan dijangka tiba di Mesir dalam pukul 5 pagi hari Selasa.
    InsyaAllah,moga segalanya berjalan dengan sempurna.Ameen! :)

    So,thats all what I want to blog about :B next entry insyaAllah akan menceritakan tentang Mesir. :)

    But before that,tadaaaaa!~

    JODOH itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita tenang, bertambah rasa aman, malah bertingkat keimanan.

    Yang sedih jadi gembira, yang lemah jadi kuat, yang takut jadi berani, yang gagal jadi berjaya dan yang seorang jadi sempurna berdua.. Carilah si dia yang buat anda rasa begitu..

    Namun, jika dipersimpangan memilih antara satu dalam dua, istikharahlah agar dengannya Allah permudahkan hati kita utk merasa cinta pada seorang sahaja....♥ ;)


    a sharing from Asiah,thanks Ieca! :) Ahaaaa,bukan bermakna saya menggatal okey tapi kadang-kadang kena fikir masa depan jugak kan? :P
    I'm 18,sudah boleh fikir.hihi :B

    Saturday, August 11, 2012

    Semangatku Berkobar!

    Cheh,title blog macam menang Olimpik jaa :P Hewhew.

    Assalamualaikum WBT dan Salam 10 Akhir Ramadhan.

    Harini nak cite tentang tempat yang insyaAllah,aku akan belajar selama 6 tahun.Haaa,jeng jeng jennggg!
    InsyaAllah,bulan September nanti aku akan ke Mesir untuk sambung dalam bidang perubatan di Universiti Mansoura (ayat tak boleh skema lagi?) hewhew.

    Sedikit fakta tentang Mansoura,Mesir.

    Mansoura bermaksud "victorious",terletak 120km daripada bandar Kaherah.Mansoura merupakan bandar pertanian di Mesir dan Universiti Mansoura merupakan "branch" Universiti Kaherah pada masa dahulu.Di Mansoura takda wayang or bowling,insyaAllah aku akan jadi seorang yang baik di sana.Kiki. :D Ok,tu menambah.Takpe,nak tengok wayang kita pergi Alexandria.apa guna ada kawan di sana?Hewhewww! :P

    So,enjoy the video! ^__^


    p/s :background music dia agak menyeramkan

    Okey okey,tenang semua.Aku tahu keadaan universiti di Mesir lain dengan Malaysia.Lab diorang umpama lab sekolah aku duluuuuuu je :/ Tapi think back,niat kita ke sana untuk menuntut ilmu.InsyaAllah,dalam susah-susah tu kita belajar untuk jadi bersyukur,betul tak? :D 

    Alhamdulillah,Universiti Mansoura sudah upgrade sikit.Selesa sikit nak belajar.Syukran Awiiii!~ (kalau tak upgrade pun,kena belajar jugak.Da banyak parents labur duit.agagaga)

    Akhir kalam,tinggal lagi sebulan aje aku nak dok Malaysia ni.Peluk cium sume bantal busuk,tilam busuk,rumah,Mama,Ayah,Izzat,Adik,kawan-kawan,tempoyak,cencaluk,belacan,durian,rendang,cendol,roti canai (apasal sume makanan ni)..sobs! :')




    Sunday, August 5, 2012

    Malaysians Are Proud Of You,DLCW.


    Semua orang tahu yang Dato' Lee Chong Wei kalah ditangan Lin Dan.K fine!Tak perlulah taksub sangat dengan Baskin Robbin atau public holiday sampai kutuk-kutuk dia.Ngerti?

    At least,DLCW da banyak,banyak kali harumkan nama Malaysia di mata dunia.Kita ada ke? *sambil menjeling-jeling mata*

    Well done DLCW! :)
     everything happens for a reason.
    you have done your best and Malaysians are proud of you!

    p/s:kepada yg belum menunaikan Isyak & Terawih tu,moh laa kita!
    :D

    Monday, July 30, 2012

    Aku Sangat Bosan!

    Ho yeah,tajuk entri yang sangatlah noob! =="

    Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke 10. (Alhamdulillah!) :D

    Yer!Tajuk entri sudah melambangkan yang saya memang teramat bosan tahap gaban! Parents go to work,adik-adik both asrama,kucing tkda hilang time New Year tsk tsk,Nadiah da pergi KMB (teman bergossip sudah tiadaaaa),dan FB dan Twitter pung bosanggggggg.

    Sebenarnya,aku rasa aku yang sakit mental di sini sebab rasa semua benda tak best.K PAHAM!

    Oh yaa,sedang aku meng-scrool fesbuk group Rise of The Fallen tetiba ada kawan post ini!


    Kamus Bahasa Johor!

    Bahasa orang Johor tidak banyak loghat yang sukar difahami. Ini kerana bahasa dari kebangsaan Johor-Riau ni lebih kurang dengan Bahasa Malaysia. Bahasa yang biasa di gunakan di TV. Tapi ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Ini tidak termasuk darei loghat dari bangsa seperti Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya

    Air Tawo – Air Tawar
    Bak - bawa
    Bandor – Bandar
    Belajor – belajar
    Besor – Besar
    Bobos - bocor
    Buboh - letak
    Cador – cadar
    Calor – calar
    Cenonet - kecik
    Esbok – Peti Sejuk
    Gambor – Gambar
    Gebor – selimut
    Grobok – Almari
    Hangen – angin
    Hantor – hantar
    Jajan – Makanan Ringan
    Jerang - masak air/nasi
    Jotos - sekel
    Kang - nanti
    Kejor – Kejar
    Kosi – kerusi
    Lantak - hentam keromo
    Lapor – Lapar
    Lawo – cantik
    Longgo - Longgar
    Muor – Muar
    Ngeteh – Minum air di kedai
    Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun
    Pasor – pasar
    Pasor Lambak – Pasar Malam
    pestol – pistol
    Segor – segar
    Selipor – selipar
    Sogame – sekolah agama
    Sokkabor – Surat Khabar
    Tampor – tampar
    Terpeleot - terseliuh
    Tikor – tikar
    Tombot - pelupusan sampah
    Tualo - tuala


    Hidup Johor !! ;-)


    Excited kottttt dapat baca kamus Johor ni.Yelah,tahu laa kitaorang bukan cam Ganu,Kelate,Nogori,KEDAH (highlight sikit utk jiah dan syazana dan safwan KEDAH) hehe,dll negeri yang ada loghat sendiri. hihi. Aku hanya boleh speaking Nogori syuwaiyah-syuwaiyah (sikit-sikit dalamm Arab Ammiyah eh nk jgk!) :P ,aku suka dengar orang Utara cakap sebab nampak semangat (SERIOUSLY,contohnya Syazana) tehehehe tapi aku di-reject untuk jadi orang Utara pasal ceq taktao pronounce dengan betul loghat utara itu,aku suka dengar orang Sabah cakap sebab nampak sopan (Zara),so conclusionnya aku memang suka loghat negeri lain. :D

    Tapi bila baca sume tu,aku tak guna semua pungg.Contohnya "Tombot" tu,kalau orang cakap pun aku akan buat muka pelik dan cakap "Ada eh perkataan ni?" :P Lols.
    Aku bukan Johor sejati pun sebab Mama orang Nogori.Ayah aku YES jawa tapi dia sendiri tak penah amalkan bahasa Jawa dia dalam kehidupan.Tskkk.Setakat siji,loro,telu,papat aku pahamlah. :D

    Satu lagi bonus orang Johor ialahhh..
    kalau cakap pape mesti belakang ada "EH?"
    contoh, ada eh? kena pergi eh? kalau tak buat tk boleh eh?Sukati ko aje ehhhhh!
    Thats our tagline,ko hadoo? :P Hewhew.

    So,nak cakap tu jeeeee!Bhahahahaaa. ^___^ Thanks for reading.Aku kena kemas rumah sebenarnya tapi belum gerak lagi ni ==" hihi.Anak dara sapo la ni.





    Thursday, July 26, 2012

    Di mana Encik Kesabaran?

    Patience

    Assalamualaikum WBT dan Salam Ramadhan.

    As we all know,bulan Ramadhan ni bulan yang melatih diri kita untuk bersabar.Sabar dalam menahan lapar dan dahaga,sabar dalam menahan marah dan sabar dalam menghadapi ujian.Kan?

    Tapi apakan daya,aku gagal nak praktik sikap sabar tu.Walhal,pagi semalam baru cakap kt sorang kawan ni, "Sabar ye,banyak lagi yang kita akan hadapi lepas ni." Tu lah,cakap pandai tapi bab praktik ni boleh pulak tengok kepada keadaan.Eh? :/ *istighfar*

    Ceritanya macam ni..Semalam semasa terawih lagi rasa penat dan panas *maybe sebab pakai baju agak tebal kot jadi berpeluh-peluh time terawih* K lepas ni pakai baju yang sesuai ye.Bila start panas,mulalah mengantuk *sebab keadaan panas boleh meransang mata aku untuk tertutup jugak* jadi kesimpulannya terawih semalam memang tak khusyuk! T.T

    Sampai aje ke rumah,hatiku bersemangat nak online sekejap untuk tengok status kawan-kawan before tido tetapi tiba-tiba..

    "NO CONNECTION"

    Dalam hati aku terus,"WHAT?!WHAT?!" *ce try bayangkan muka aku tengah bengang* Terus naik atas untuk check modem sambil dalam hati membebel-bebel "modem murah!haritu baru betulkan sekarang da rosak pot pet pot pet..!"

    So,daku pun tido dalam kesedihan sebab tak dapat online..

    Tup tup,pagi ni modem tu okey balik.*yeay yeay yeay*

    Sekarang bila pikir-pikir balik,kenapalah tak boleh bersabar semalam? Padahal hal tu kecik aje punggg,nampak sangat tak boleh hidup tanpa internet!Sigh. T.T Nanti hidup kat negara orang,complain sana sini.Sebab ustaz penah cakap dulu,Mesir ni jangan samakan dgn pergi UK.Jauh bezanya,kat Mesir kena banyak bersabar dalam apa jua keadaan.*saya belum ke sana lagi tapi dari apa yang saya dengar..memang kena banyak,banyak bersabar!* #true story.

    Ustaz pun cakap "pergi sana,amik ilmunya jangan amik budayanya" dan "jangan cakap buruk tentang Mesir,itu bumi Anbiya" *take note*

    Btw,memang tak boleh cakap buruk sebab kita kat negara orang.We cannot expect things are going on the way we want.Ingat kita ni PM? :O Setiap negara ada sistemnya jadi kita sebagai pendatang haruslah mengikut undang-undangnya.Am I right or am I right? :D

    So yeah!Harap diri ini mampu memupuk sifat sabar dan tak cepat complain kalau tak dapat apa yang diinginkan.

    May we practise all good attitude and activities(sabar,bersyukur,rajin bangun sebelum Subuh,mengaji,dzhikir dll korang sendiri tahu kan?) in this blessing month and hopefully it will become a routine.Not only during Ramadhan but for the rest of our lives.
     ^____^V 
    PEACE!



    Tuesday, July 24, 2012

    List of things to be brought to Egypt.


    Assalamualaikum Wbt dan Salam Ramadhan ke-4!Hope we still have the spirit to "mengimarahkan" Ramadhan till the end. ;)

    Sepanjang kat kem haritu..saya duk menanya Ustazs tentang apa yang perlu dibawa dan yang tidak.Ye lah,kitaorg hanya boleh bawak dalam 40kg,so kena betul-betul fikir apa yang perlu dan tidak perlu. T.T Ingatkan 40kg banyak sangat tapi Mama cakap selalu travel 4 hari pun 18kg.And I'm like "HAAAHHHH?FOR REAL?" T.T lol.

    So,selepas dok menanya ustaz especially ustaz Azman apa yang perlu dibawak sume,ni lah hasilnya tapi still kalau rasa tk lengkap,rujuklah senior di sana. ;) Bila tengok list ni balik,rasa macam "Eh???!!aku nak buka restoran ke nk pergi belajar ni?" :D Bhahahaha! Makan tu penting tauu,kalau makan cukup senang nak belajar.HEHE peace!

    Jeng jeng jeng!Dipersilakan untuk tengok listnyaaa.Thanks to Keel sebab share!

    1. Milo
    2. Megi (kt sana ada indo mi ja)
    3. perencah nasi goreng
    4. ajinamoto or perencah cukup rasa
    5. sardine
    6. perencah curry n tom yam
    7. bihun
    8. chilli sauce, oyster sauce
    9. mayonaise
    10. susu pekat
    11. santan (packet)
    12. lemon grass
    13. anchovy
    14. turmeric powder
    15. coffee, nescafe
    16. brown sugar
    17. instant porridge
    18. 3 in1 cereals
    19. soup ingredients
    20. biscuits
    21. food in can
    22. universal 3 pin plug (kt sana plug depa 2 pin jak)
    23.udang kering
    24.halia *kt sana halia mahal* serbuk halia klau nk mudah
    25.belacan,budu,tempoyak *kalau makan la* hee.
    26.asm jawa,asam keping
    27.Horlicks

    Cop!Kalau korang kaki memasak dan banyak pakai herbs dan rempah,DO BRING EVERYTHING that you need!Sebab kat sana diorang tak pakai daun kesum,daun limau,daun kari etc etc.Keringkan dan boleh pakai time memasak!! :D








    Oh yaa,jangan lupa bawak passport (of courselaa,kalau tak macam mana nk travel), salinan birth certificate,salinan ic kita dan parents,gambar passport.Takut kalau diperlukan,susah woo mau post dari Malaysia.

    Kalau nak senang,bahagi dengan housemates supaya takla exceed berat tuh. :D Info tambahan,untuk kapal terbang Egypt Air segala berat lebih dari 40kg akan dikenakan bayaran RM800(dari 1kg till 20kg).Sekarang ni flat rate sudah!

    Itu antara yang perlu dibawa ke Mesir.If ada nak tambah,do drop a comment! ;) Sharing is caring maa.hehehe.




    Friday, July 20, 2012

    Salam Ramadhan.

    Assalamualaikum everyone!Just a short post for today because I could hardly find time to blog.tehehe.Saya busy baca blog orang lain untuk dapatkan ilmu dan improve diri sendiri! :D

    Okay,sebelum terlupa.Saya nak mengucapkan Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada *skema enough?* hehe. May Allah bless us and accept our good deeds.Amin! :)


    Alhamdulillah!Ramadhan,we'll meet again.Hopefully I can change into a better person in this blessing month.Amin *with full hope*

    Sejujurnya,memang excited sangat sangat untuk sambut Ramadhan tahun ni sebab mungkin tak dapat sambut kat Malaysia tahun depan. :') Sobs.Takpe,jihad mencari ilmu tuu.

    p/s-jangan lupa terawih malam ni! :D 





    Wednesday, July 18, 2012

    After A Month..




    Assalamualaikum WBT.
    Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! :)
    I have finished my preparation before going to Egypt..
    and I did learn a LOT of things there,Alhamdulillah.
    Wish that I could apply them in my life.

    Blog ini akan di-update dengan pengalaman sepanjang sebulan kem bahasa Arab dan persiapan untuk ke Mesir.tehehe.wish I have enough time to do it! :D
    So,wait and see k? 

    Before I end my post,have you ever heard about oovoo?Hahaa,the name itself sounds funny but it's not! :P
    Oovoo ni ala-ala skype la tapi we can video call with MORE THAN TWO people!



    I did video call few times with my friends!Best woo!Meriah betul.tehehe. :D 



    comel je kan video call ramai2?hehe.

    So,download the oovoo now!nanti boleh video call ramai2. :D 

    Thursday, June 7, 2012

    Adios.

    Saya akan ke program persediaan ke Mesir.
    9hb Jun - 15hb Julai.
    Moga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk selesaikan setiap sesuatu. ^^


    Saya agak terleka semenjak dua menjak ni,
    Ya Allah..
    Need to change!
    Da’wah

    Hopefully I can practise this!
    ;)

    Be greatful

    yeah!
    appreciate our lives with good deeds. 
    insyaAllah.

    Monday, June 4, 2012

    Just A Thought.


    If you find yourself stuck in traffic, don't despair. There are people in this world for whom driving is an unheard of privilege.

    Should you have a bad day at work; think of the man who has been out of work for years.

    Should you despair over a relationship gone bad; think of the person who has never known what it's like to love and be loved in return.

    Should you grieve the passing of another weekend; think of the woman in dire straits, working twelve hours a day, seven days a week to feed her children.

    Should your car break down, leaving you miles away from assistance; think of the paraplegic who would love the opportunity to take that walk.

    Should you notice a new gray hair in the mirror; think of the cancer patient in chemo who wishes she had hair to examine.

    Should you find yourself at a loss and pondering what is life all about, asking what is my purpose? Be thankful. There are those who didn't live long enough to get the opportunity.

    Should you find yourself the victim of other people's bitterness, ignorance, smallness or insecurities; remember, things could be worse. You could be one of them!



    Photo


    xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

    This is how I feel right now,to be thankful.Not only today,but tomorrow and forever!InsyaAllah.True,sometimes I complain why this happens,why they get better than me,why I have to suffer like this etc etc but I DO forget that Allah gives us "musibah" to show His love to us! :) 

    Allah is the one who knows the best!















    Friday, May 25, 2012

    This entry is for you.Yes!YOU!

    Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua! :D *sambil melambai-lambai tangan*

    Ewah!Sumpah happy hari ini. ^^ Kenapa happy?
    SEMUA INI SEBAB ANDA!YE!ANDA!
    Terime kasih sebab menyerikan hidup aku selama ini! :') *kesat air mata kesyukuran*

    Memandangkan semua sudah nak pergi menyambung pengajian*ewah ayat tak boleh skema lagi?* tehee.Jadi aku nak berterima kasih kepada mereka semua ini. :)

    OK,semuanya tak ikot turutan sebab aku malas nak buat ikut turutan! T.T

    So,here we go!



    SMKTUN (2007-2010)

    Aku rasa kelas ni lah sekolah 1 Malaysia yang paling gempak!Walaupun berlainan races,tetap baik okey!KAMCENG GITUW~Walaupun aku sekolah sini 3 tahun aje tapi hubungan kitaorang tetap rapat.Selalu tanya kabar kt FB(see?I'm using FB in a good way),selalu usik-usik kalau berjumpa (terutamanya Humaigha yang selalu jadi mangsa daku),senang cita tak penah lost contact lah! :D Thanks korang sebab baik sangat dengan aku! :') Tak lupa kepada cikgu-cikgu SMKTUN yang baik,caring dan kuat gossip (Sir Zainal) Hihihi. ;D 

    SAMURA (2010-2011)

    Walaupun aku masuk agak lambat kat sekolah ni tapi ALL,I mean it,ALL SAMURIANs treat me so well! :') *kesat air mata lg* Ni lah kelas kesayangan daku,5 CERDAS SMARTIES!Sumpah rindu sangat kat diorang.All my classmates dapat terima aku seadanya,sentiasa bagi semangat,sentiasa pujuk aku yang homesick time form 4. T.T Bila form 5 tu tak ada rasa homesick tu.Apa boleh buat?Hoho.Teringat zaman kita stay up untuk study sama-sama.Memang menggugat iman aku yang tak pernah stay up ni.Tapi kawan-kawan ini lah yang sediakan bahu untuk bersandar setiap kali ngantok sambil urut belakang aku untuk elak ngantok walaupun sebenarnya makin ngantok!HAHAHA.Kepada cikgu-cikgu SAMURA yang sentiasa bersemangat mengajar kitaorang tak kira siang atau malam.Serius wehh cikgu SAMURA memang rajin tahap giga.Kitaorang ni jer yang malas Tak cukup dengan itu,cikgu SAMURA treat us just like their own kids.Kalau teringin apa-apa,insyaAllah cikgu usahakan untuk membeli.Baikkan? :DJasa kalian tak pernah kulupa. :) 
    Apasal gamba tak clear hah? T.T 

    The Guys.

    Cewah!Takdalah geng rapat sangat tapi selain Ayah,Izzat dan classmate lelaki 5 Cerdas,merekalah guys yang boleh diharap.Eh?InsyaAllah.Kalau ada anak dara yang berkenan kat diorang ni,aku boleh jamin diorang sangat baik*Weh,aku promote korang ni* I MEAN IT OKEY!Maybe kitaorang tak rapat sangat lepas form 5 sebab er..aku da makin segan nak kuar dengan laki sekarang tapi insyaAllah this friendship will last forever.Kitaorang pun da bawak hala tuju ke universiti masing-masing.Kalau contact pun dekat handphone/FB/Twitter.Whatever happens,aku still mendoakan korang!

     The Dormmates

    Ahak ahak!Sejujurnya,aku mungkin kurang bercerita tentang dorm tapi aku tetap sayang dorm aku tau! :D Dormmates aku memang semua gempak-gempak!Walaupun kadang-kadang kitaorang bergaduh tapi tapi..Gaduh tu yang merapatkan kita.Ye dakk? :D Sekarang ini semua da bawak haluan masing-masing,da tak dapat nak buat pesta meggi sama-sama lagi. :') Sobss~Keep in touch okey dormmates! :D

    Thivya

    Wohoo.My one and only non-malay bestfriend!See,aku memang mengamalkan 1Malaysia!*angkat-angkat kening* Dulu masa sekolah rendah,aku dengan dia taklah baik sangat tapi kat sekolah menengah till now,Alhamdulillah!The friendship are getting stronger <3 Rasanya perbezaan agama tak buatkan friendship ini rosak okey sebab we respect each other! :D Oh yeah!

    Asma'

    One of my usrah's member. ;) Ini jelah gamba dengan ahli usrah yang aku ada. T.T Sedey weh terlupa amik gamba haritu. :( 
    Thanks Asma' sebab jadi kawan kita!Dia ni nampak aje sopan tapi gila-gila jugak. :P Huahua.Ni gamba yang diambil selepas shopping barang dapur ala-ala mak joyah kat Giant.Serius!memandangkan kitaorang ni anak perempuan sulong,jadi tanggungjawab untuk menjadi suri rumah tergalas kat bahu lagi-lagi lepas SPM ni. ;) Asma' terer masak western okey! ;D

    SKTU1 (2002-2006)

    Gamba time reunion! :') Fuhh,rindu beb!Masa reunion tu rasa macam rapat balik dengan diorang (sebab ada yang sekolah menengah berbeza jadi bertahun jugak tak jumpa).Masa dulu-dulu semua selekeh aje sekarang ini da tak bape selekeh lah!HAHA.semua da handsome-handsome,lawa-lawa dan tinggi-tinggi sekarang *except aku,Nadiah,Echa* Takpe,pendek tu comel! :P Lepas ini plan nak buat reunion lagi lah.Bila?Lepas masing-masing kawen kot!kiki.
    Shaz and Echa!get ready to organise the reunion ok! :D

     Kalau kawan dorm panggil dormmates,kawan sekelas panggil classmates so kawan usrah pangggil? 
    "USRAHMATES" lah!

    HAHA.sesukati aku buat perkataan sendiri. :P 
    Apa motif letak gambar makanan?
    Sebab masa usrah last haritu lupa nak amik gamba bersama (sebab asyik makan dan bercerita aje) T.T sedih kan?
    Terima kasih buat Along,Kak Dayah,Kak Zainab,Zahra,Iqa,Asma' dan little Humaira (pronounce it as Humaigha) Hihi.Rasa sedih sangat sebab da tak jumpa usrahmates yang best ni! ^^ Walaupun masa usrah aku kenalah tahan sikit sikap kurang sopan itu,tapi sebenarnya seronok tau.At least,aku bersopan santun sikit. >,< Hihi.Dengan usrah ini lah aku sentiasa diingatkan untuk jadi lebih baik dari semalam. :') insyaAllah,moga ukhuwah ini kekal selama-lamanya.

    P/S: Sebab itu bila Along tanya kenapa nak join usrah?
    Jawapan aku ialah lepas ini takda sape yang ajar saya tentang Islam (except nanti suami akan ajar) Hihi.K berangan!Saya rasa saya perlu ada orang yang mengingatkan tentang tujuan hidup Lillahi Taala.insyaAllah. :')



    ni Feeqa buat,hikhik.Comelkan? :P

    The Besties.

    Haaa,mesti ramai tanya aku ni ada banyak geng?Eh sukalah nak banyak geng ke apa.Hihi.Yang penting aku sayang semua!Eh? :P
    Ini lah geng kelas yang daku sayang ok! :D Sentiasa ada ketika aku memerlukan.Ehehe. :D
    Goodluck kepada korang semua,walaupun kita terpisah jauh tapi jangan sampai lost contact ok! ^^
    Keep in touch kat group Cerdas Smarties!
    Tak Sabau nak tunggu ada yang kawen among classmates.Eh?Hihi. :D

     The Famous Six *Thivya is not in the picture*

    Haaaa,apasal nama The Famous Six?Sape yang baca novel "The Prisoner of Zenda" mesti tahu sape The Famous Six ini.^^ Saje nama group nak gempak-gempak,sukahati aku lah! :P
    Walaupun kitaorang pernah bergaduh teruk,tapi last-last berbaik jugak.Yeah,kadang-kadang persahabatan memang kena gaduh,berpisah dan bertemu semula supaya the bond getting stronger ok! *aku da masuk chemistry pulak da*Walaupun kitaorang tak serapat dulu tapi Alhamdulillah.Rasanya kalau tak berpisah,maybe kitaorang tak geng lagi sebab pergaduhan itu. :'( 

    Maybe ada yang aku tak mention kat sini but no worries!
    Aku sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang. ^^ 
    *korang memang termasuk dalam orang yang aku sayang sebab setakat ni aku belum benci sape-sape*
    So,peace! (^_^)V

    Setiap apa yang Allah aturkan itulah yang terbaik!
    Believe me!*muka penuh harapan*
    Teringat kata-kata Raja Shamri time pergi program motivasi dia dulu.
    "Semua orang yang muncul dalam hidup kita mesti membawa sebab"
    Sebenarnya tak berapa ingat tapi ayat dia lebih kurang macam itulah! :)

    Dia datang ada sebab,
    dia pergi pun mesti bersebab!
    oleh itu hargai dia sementara dia masih disisi.
    Eh? :D
    *tiada unsur percintaan disini ya*









    Monday, May 21, 2012

    Just For Fun!

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
    Ok,lupakan masalah semalam walaupun geramnyaaaaa Allah aje yang tahu. :'( Takpe,takpe.Sabo lah Wani!Haih.K dah diam!

    Now jeng jeng jeng!Just nak habaq mai pasal application for android ni.Kiki.

    Oklah,application ni macam tak logik sikit.*of courselah,takda benda kat dunia ni perfect kotttt* so jangan amik serius (don't take it seriously) pada kesannya.Ahak!SEBAB MEMANG TAK LOGIK PUN!

    So yeah,memandangkan aku bosan tahap giga bila duduk kat rumah esp weekdays.Tanganku pun gatal gode gode application kat android ni. :P Padahal rumah tak kemas lagi,adey adey anak daraaaaa! =='
    Maka terjumpalah application AGING BOOTH dan FAT BOOTH.hak hak!Apakah itu?

    Untuk mengetahui lebih lanjut,sila search di playstore -> taip "aging booth" or "fat booth" -> download ->snap gambar ala-ala passport -> try application tu. ;P




     before (muka belum mandi)  hihi.




    after using aging booth app. oO


    my face on 2043 =="
    sebab tu orang cakap,kecantikan muka tak kekal.hurmm! :|



    after using fat booth app. oO

    wkakaka!*gelak guling-guling*
    kalau tak jaga pemakanan jadi gini laaa! :O

    So conclusionnya,janganlah percaya pada benda-benda gini.hihi.Just for fun ok!!

    P/S-kalau nak makan,tengok dulu gambar fat booth ni,mesti terbantot selera aka makan sikit aje.Kiki. :P