Wednesday, October 31, 2012

Eid Milad Saed.


Assalamualaikum WBT. :)

Firstly,selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.Moga kita terus menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar.InsyaAllah. :') dan..semoga apa sahaja yang kita lakukan / korbankan diterima oleh Allah.

So yeah!Mesti semua tertanya-tanya macam mana sambutan Aidil Adha di Mansoura?Jeng jeng jeng.

Lets check it out!(gimik je lebih.hihi) :P

A day before tu kami semua berpuasa dan berbuka bersama-sama dengan kak Asma,kak Fatin dan kawan-kawan rumah bawah.Memamg meriah!Punyalah syok masak soto sampai gas abeh. ==" Oh dugaan!Jadi kami semua turun ke rumah bawah untuk tumpang dapur mereka.Hewhew~

Lepas berbuka,kami bertakbir sama-sama.Serius,masa tu rasa nak meleleh air mata sebab first time raya di perantauan. :') Tapi lama-lama tu ok.Imma strong girl :P Selepas tu,ada sedikit pengisian tentang pengorbanan dari kak Asma.Best! :D Malam tu,kami enjoy tengok movie. (diorang la enjoy sebab wani is sleeping already) 



Esoknya kami bergerak untuk solat sunat Aidil Adha di masjid Al-Amin (masjid ini khas untuk orang Melayu sebab takbir dan khutbah dalam BM) Tapi sampai-sampai je orang da solat dan ruang solat amat-amat penuh sampai ke luar.Jadi kami tunggu untuk dengar khutbah raya sahaja.Sedey bah first time raya tapi tak solat raya T.T Lepas tu,kami tengok orang sembelih lembu dan kambing (tak sempat tengok unta) dan beraya di rumah akak-akak.Part ni paling best sebab dapat rasa makanan Malaysia macam kuah kacang,laksa dll.Ahak! (nampak tak part kuat makannya tu?) :P Terima kasih kat akak-akak sebab sudi masak untuk kami ni :B

Malam tu,kami beramai-ramai tunggu pelajar dari Alexandria untuk datang ke sini.Hewhew!Dan sepanjang 3 hari mereka di Mansoura,kami berjalan dan makan macam-macam.Hehe. :) (patutlah gemuk duk Mansoura..food heaven rupanyaa) 

Penat memang penat tapi rasa seronok sangat.Alhamdulillah tak pikir pasal Malaysia sangat.hewhew.bak kata senior, belajar jauh dengan family pun satu pengorbanan. ;) I can't deny it anymore! 

Mesti semua excited nak tengok unta disembelihkan? :P Haruslahh,Malaysia takdak unta. (please be jelous) ahak!

unta before disembelih.
nampak kan mereka usap kepala unta tu untuk tenangkan nya?

Photo: pengalaman pertama melihat unta disembelih. :') 
Salam Aidil Adha everyone!
xoxoxo from Mansoura.

Unta selepas disembelih :)



gambar with Ana (Alex) dan jiran A5.
nampak tak muka Wani muka da mandi tu? :P 
hewhew.

Info Raya Aidil Adha di Mesir (specific Mansoura)

1. Takbir raya di sini lebih "keras" dan "tegas" berbanding takbir di Malaysia yang mendayu-dayu buat saya rasa sebak.Huu~

2. Orang Mesir menyembelih haiwan ternakan di dalam kawasan rumah untuk menutup keaiban haiwan itu.Jadi kalau kita tengok darah mengalir kat kawasan perumahan tu jangan rasa pelik sebab itu adat mereka.

3. Suasana raya Aidil Adha lebih meriah berbanding Aidil Fitri.Mereka ada coklat yang sedap-sedap (anggap macam kuih raya di Malaysia untuk Aidil Adha).Kereta pun tak banyak di jalan raya.

4. Orang Mesir solat raya selepas solat Subuh.Maksudnya,dalam pukul 5-6 pagi tu sudah solat sunat Aidil Adha. ;)