Friday, May 25, 2012

This entry is for you.Yes!YOU!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua! :D *sambil melambai-lambai tangan*

Ewah!Sumpah happy hari ini. ^^ Kenapa happy?
SEMUA INI SEBAB ANDA!YE!ANDA!
Terime kasih sebab menyerikan hidup aku selama ini! :') *kesat air mata kesyukuran*

Memandangkan semua sudah nak pergi menyambung pengajian*ewah ayat tak boleh skema lagi?* tehee.Jadi aku nak berterima kasih kepada mereka semua ini. :)

OK,semuanya tak ikot turutan sebab aku malas nak buat ikut turutan! T.T

So,here we go!



SMKTUN (2007-2010)

Aku rasa kelas ni lah sekolah 1 Malaysia yang paling gempak!Walaupun berlainan races,tetap baik okey!KAMCENG GITUW~Walaupun aku sekolah sini 3 tahun aje tapi hubungan kitaorang tetap rapat.Selalu tanya kabar kt FB(see?I'm using FB in a good way),selalu usik-usik kalau berjumpa (terutamanya Humaigha yang selalu jadi mangsa daku),senang cita tak penah lost contact lah! :D Thanks korang sebab baik sangat dengan aku! :') Tak lupa kepada cikgu-cikgu SMKTUN yang baik,caring dan kuat gossip (Sir Zainal) Hihihi. ;D 

SAMURA (2010-2011)

Walaupun aku masuk agak lambat kat sekolah ni tapi ALL,I mean it,ALL SAMURIANs treat me so well! :') *kesat air mata lg* Ni lah kelas kesayangan daku,5 CERDAS SMARTIES!Sumpah rindu sangat kat diorang.All my classmates dapat terima aku seadanya,sentiasa bagi semangat,sentiasa pujuk aku yang homesick time form 4. T.T Bila form 5 tu tak ada rasa homesick tu.Apa boleh buat?Hoho.Teringat zaman kita stay up untuk study sama-sama.Memang menggugat iman aku yang tak pernah stay up ni.Tapi kawan-kawan ini lah yang sediakan bahu untuk bersandar setiap kali ngantok sambil urut belakang aku untuk elak ngantok walaupun sebenarnya makin ngantok!HAHAHA.Kepada cikgu-cikgu SAMURA yang sentiasa bersemangat mengajar kitaorang tak kira siang atau malam.Serius wehh cikgu SAMURA memang rajin tahap giga.Kitaorang ni jer yang malas Tak cukup dengan itu,cikgu SAMURA treat us just like their own kids.Kalau teringin apa-apa,insyaAllah cikgu usahakan untuk membeli.Baikkan? :DJasa kalian tak pernah kulupa. :) 
Apasal gamba tak clear hah? T.T 

The Guys.

Cewah!Takdalah geng rapat sangat tapi selain Ayah,Izzat dan classmate lelaki 5 Cerdas,merekalah guys yang boleh diharap.Eh?InsyaAllah.Kalau ada anak dara yang berkenan kat diorang ni,aku boleh jamin diorang sangat baik*Weh,aku promote korang ni* I MEAN IT OKEY!Maybe kitaorang tak rapat sangat lepas form 5 sebab er..aku da makin segan nak kuar dengan laki sekarang tapi insyaAllah this friendship will last forever.Kitaorang pun da bawak hala tuju ke universiti masing-masing.Kalau contact pun dekat handphone/FB/Twitter.Whatever happens,aku still mendoakan korang!

 The Dormmates

Ahak ahak!Sejujurnya,aku mungkin kurang bercerita tentang dorm tapi aku tetap sayang dorm aku tau! :D Dormmates aku memang semua gempak-gempak!Walaupun kadang-kadang kitaorang bergaduh tapi tapi..Gaduh tu yang merapatkan kita.Ye dakk? :D Sekarang ini semua da bawak haluan masing-masing,da tak dapat nak buat pesta meggi sama-sama lagi. :') Sobss~Keep in touch okey dormmates! :D

Thivya

Wohoo.My one and only non-malay bestfriend!See,aku memang mengamalkan 1Malaysia!*angkat-angkat kening* Dulu masa sekolah rendah,aku dengan dia taklah baik sangat tapi kat sekolah menengah till now,Alhamdulillah!The friendship are getting stronger <3 Rasanya perbezaan agama tak buatkan friendship ini rosak okey sebab we respect each other! :D Oh yeah!

Asma'

One of my usrah's member. ;) Ini jelah gamba dengan ahli usrah yang aku ada. T.T Sedey weh terlupa amik gamba haritu. :( 
Thanks Asma' sebab jadi kawan kita!Dia ni nampak aje sopan tapi gila-gila jugak. :P Huahua.Ni gamba yang diambil selepas shopping barang dapur ala-ala mak joyah kat Giant.Serius!memandangkan kitaorang ni anak perempuan sulong,jadi tanggungjawab untuk menjadi suri rumah tergalas kat bahu lagi-lagi lepas SPM ni. ;) Asma' terer masak western okey! ;D

SKTU1 (2002-2006)

Gamba time reunion! :') Fuhh,rindu beb!Masa reunion tu rasa macam rapat balik dengan diorang (sebab ada yang sekolah menengah berbeza jadi bertahun jugak tak jumpa).Masa dulu-dulu semua selekeh aje sekarang ini da tak bape selekeh lah!HAHA.semua da handsome-handsome,lawa-lawa dan tinggi-tinggi sekarang *except aku,Nadiah,Echa* Takpe,pendek tu comel! :P Lepas ini plan nak buat reunion lagi lah.Bila?Lepas masing-masing kawen kot!kiki.
Shaz and Echa!get ready to organise the reunion ok! :D

 Kalau kawan dorm panggil dormmates,kawan sekelas panggil classmates so kawan usrah pangggil? 
"USRAHMATES" lah!

HAHA.sesukati aku buat perkataan sendiri. :P 
Apa motif letak gambar makanan?
Sebab masa usrah last haritu lupa nak amik gamba bersama (sebab asyik makan dan bercerita aje) T.T sedih kan?
Terima kasih buat Along,Kak Dayah,Kak Zainab,Zahra,Iqa,Asma' dan little Humaira (pronounce it as Humaigha) Hihi.Rasa sedih sangat sebab da tak jumpa usrahmates yang best ni! ^^ Walaupun masa usrah aku kenalah tahan sikit sikap kurang sopan itu,tapi sebenarnya seronok tau.At least,aku bersopan santun sikit. >,< Hihi.Dengan usrah ini lah aku sentiasa diingatkan untuk jadi lebih baik dari semalam. :') insyaAllah,moga ukhuwah ini kekal selama-lamanya.

P/S: Sebab itu bila Along tanya kenapa nak join usrah?
Jawapan aku ialah lepas ini takda sape yang ajar saya tentang Islam (except nanti suami akan ajar) Hihi.K berangan!Saya rasa saya perlu ada orang yang mengingatkan tentang tujuan hidup Lillahi Taala.insyaAllah. :')



ni Feeqa buat,hikhik.Comelkan? :P

The Besties.

Haaa,mesti ramai tanya aku ni ada banyak geng?Eh sukalah nak banyak geng ke apa.Hihi.Yang penting aku sayang semua!Eh? :P
Ini lah geng kelas yang daku sayang ok! :D Sentiasa ada ketika aku memerlukan.Ehehe. :D
Goodluck kepada korang semua,walaupun kita terpisah jauh tapi jangan sampai lost contact ok! ^^
Keep in touch kat group Cerdas Smarties!
Tak Sabau nak tunggu ada yang kawen among classmates.Eh?Hihi. :D

 The Famous Six *Thivya is not in the picture*

Haaaa,apasal nama The Famous Six?Sape yang baca novel "The Prisoner of Zenda" mesti tahu sape The Famous Six ini.^^ Saje nama group nak gempak-gempak,sukahati aku lah! :P
Walaupun kitaorang pernah bergaduh teruk,tapi last-last berbaik jugak.Yeah,kadang-kadang persahabatan memang kena gaduh,berpisah dan bertemu semula supaya the bond getting stronger ok! *aku da masuk chemistry pulak da*Walaupun kitaorang tak serapat dulu tapi Alhamdulillah.Rasanya kalau tak berpisah,maybe kitaorang tak geng lagi sebab pergaduhan itu. :'( 

Maybe ada yang aku tak mention kat sini but no worries!
Aku sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang. ^^ 
*korang memang termasuk dalam orang yang aku sayang sebab setakat ni aku belum benci sape-sape*
So,peace! (^_^)V

Setiap apa yang Allah aturkan itulah yang terbaik!
Believe me!*muka penuh harapan*
Teringat kata-kata Raja Shamri time pergi program motivasi dia dulu.
"Semua orang yang muncul dalam hidup kita mesti membawa sebab"
Sebenarnya tak berapa ingat tapi ayat dia lebih kurang macam itulah! :)

Dia datang ada sebab,
dia pergi pun mesti bersebab!
oleh itu hargai dia sementara dia masih disisi.
Eh? :D
*tiada unsur percintaan disini ya*