Sunday, March 4, 2012

Apa negara yang paling kecil ye?*wondering*


Okay,ni EARTH.
anggap la negara eh.*boleh pulak*

Semasa saya berkumpul dalam bulatan gumbira saya, ^___^ Along (panggilan untuk akak usrah) ada bertanya apa negara terkecil sekali?

Jadi otak saya yang hampir karat sebab da lama tak belajaq ni pun dok pikiaq apalah negara terkecil eh?

Along pun habaq mai la kitaorang bahawasanya negara terkecil ialah diri kita sendiri.

EHHH?DIRI SENDIRI? o_O

Yaaaa,semestinya.
Diri kita sendiri!

Why?
Tell me,whyyyyy?

Sebab..

Hati kita ibarat raja manakala akal kita ibarat perdana menteri.Raja sentiasa memerlukan khidmat nasihat PM sebelum membuat keputusan.Hati kita ni penuh keinginan tapi akal kita yang akan menetapkan the "Do's and Don'ts" berpandukan syarak.

Kita menjadi menteri kewangan untuk diri sendiri.Kita kena bijak berbelanja supaya tak membazir errr..*okay,terkena batang hidung sendiri* Macam iklan tv tu selalu sangat sebut "Live within our means".So yeah,ikutlah. :) Bukan bermaksud tak boleh berbelanja tapi sekadarnya saja dan mesti ada simpanan sendiri!Bukan apa,untuk masa depan kita jugakkan?

nafsu tu Wani oii.Sabo sabo. :(

Kita jugak menjadi menteri kesihatan untuk diri sendiri.Hal yang demikian bermaksud *cehh,ayat karangan* kita kenalah menjaga kesihatan kita elok-elok.Btw,badan kita ni bukan milik kita sepenuhnya..badan kita milik Allah.So,kenalah jaga "pinjaman" ni elok-elok. ^^ Makan secara sihat,exercise regularly dan jangan buat perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. *aicehh* :D

contoh makanan sihat..errr..silap.
"kurangkan manis dalam makanan,lebihkan manis dalam senyuman"
^____^


lebihkan sayur-sayuran! ^^


Kita juga bertindak sebagai menteri pertahanan.Hoho. :)Tetiba semangat patriotik.Okay,kita kena jaga diri kita daripada anasir-anasir jahat disekeliling kita.Kalau rasa da tersasar tu cepat-cepat beristighfar dan bertaubat.Manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan tapi mesti belajar daripada kesilapan.OK? ;)

Banyak lagi yang boleh dikongsikan tapi masa teramatlah suntuk.Last but not least,jagalah dan tadbirlah negara(diri sendiri) anda baik-baik. :)
Yang penting,kita menuju reda Nya!

No comments: