Saturday, January 7, 2012

Dilemma : Sekolah Berasrama atau Sekolah Harian?

Assalamualaikum wbt. :)
Jom kita discuss tentang topik popular dikalangan form 4 sekarang.
InsyaAllah,next week pelajar form 4 akan dapat tawaran ke SBP,MRSM dll.
phew~

Tapi..korang esti ada perasaan berbelah bagi nak pergi asrama ke tidak.Biasalah tu,sy err..akak pun rasa benda yang sama jugak.

Sebenarnya pilihan tu terletak kat tangan korang,janganlah letak satu andaian yang korang tidak berjaya kat sekolah harian dan korang confirm berjaya kat sekolah asrama.Sebab kejayaan itu bergantung kepada usaha kita,bukan sekolah kita.Mungkin sekolah mempengaruhi sikit ajelah.

So,macam mana nk tahu korang perlu ke tak pergi ke sekolah berasama?

1. Buat Solat Istikharah.
Walaupun apapun pilihan yang kita buat,Allah ada penentuan yang lebih baik.Kalau korang rasa tenang or dapat hint yang sekolah asrama lebih baik,then pergi.Begitulah sebaliknya.Yang penting,korang kena percaya dengan takdirNya.ok?


2. Muhasabah Diri.
Hurmm..Muhasabah diri ni maksudnya korang menilai diri korang.Kalau korang boleh susun waktu belajar dengan baik di rumah,lebih baik duduk rumah.Tapi kalau korang ni jenis kaki FB dan kaki game etc,baik korang duduk asrama.Korang kena ingat,masa form 4 dan form 5 ni bukan boleh main-main.Korang kena struggle untuk dapat keputusan yang cemerlang ok!Jangan risau,kat asrama pun boleh online (SAMURA lah,yang lain tktau) tp tak selalu. ;) Tapi okeylah daripada tak dapat online langsungkan?Hehe.Bersyukur!


3. Pendapat
Korang boleh minta pendapat orang-orang terdekat sama ada perlu ke tak pergi ke asrama.Ibu bapa korang sendiri contohnya,mesti tahu kemampuan korang dan nk yang terbaik untuk korang.InsyaAllah diorang dapat bagi pendapat untuk korang ok?


Lastly,kehidupan kat asrama taklah seindah kat rumah*seriously* tapi tklah teruk sangat.As long korang jaga diri dan akhlak korang,sumenya akan okey! ;) Seronok tau hidup kt asrama.Korang akan belajar hidup dengan kawan-kawan.Nanti taklah terkejut sangat masa di universiti.

Buli?Hurmmmm..jaranglah berlaku.Yang penting,kena well-behaved!insyaAllah,takkan berlaku ape-ape.Orang yang tk well-behaved aje yang selalu buli + banned ni.Seniors taklah kejam sangat.Sume sibuk nk SPM dik oiiii!~


No comments: