Thursday, February 2, 2012

Cerita Di Sebalik Talam.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua! :)

Sejuknya cuaca hari ni.Kalau dapat milo panas memang syok!Hahahaa.
Okay,back to the main topic.

Hari ni nak cerita tentang "Cerita di Sebalik Talam"
Talam ialah Dulang,Dulang ialah Talam.
We call them as tray in English.
Tapi..
Apakah cerita di sebalik talam ni?
Jeng jeng jeng.

Inilah dia yang saya maksudkan ...


USRAH!

Alhamdulillah,saya sudah ada group Usrah saya sendiri yang diketuai oleh Kak Along,saya,Afiqah,Asma' dan Nadiah.

Pada hari Isnin yang lalu,kami mengadakan usrah kami yang kedua.Kak Along menjemput kami untuk berbuka puasa bersama dia dan rakan-rakan. ;)

Sampai saja di rumah Kak Along,kami berempat diperkenalkan dengan kenalan Kak Along merangkap kakak-kakak kami jugak. ;D Kemudian,Kak Sofiah menceritakan pengalaman beliau semasa di India.

Apa yang Kak Sofiah ceritakan membuatkan hati saya terdetik ..
"Beruntungnya aku berada kat Malaysia.."

Sebelum Kak Sofiah menamatkan ceritanya,beliau menyampaikan satu kata-kata ulama' (tapi maaf tak ingat siapa) yang menyatakan.

"Sesiapa yang tidak menyumbang untuk masyarakatnya ialah sampah masyarakat"
(lebih kurang beginilah,maaf memori lemah sikit)

Saya ingat kata-kata tu sampai sekarang,dan saya akan cuba menyumbang untuk masyarakat.insyaAllah :)

Kemudian kami berbuka puasa beramai-ramai.
Kami makan berkongsi dalam satu talam,kami berkongsi cawan dan kami berkongsi cerita. :D
Semasa makan,hati saya terdetik..

"Patutlah ukhuwah kakak-kakak ni rapat sangat.Makan sama-sama,minum sama-sama dan kongsi cerita sama-sama.."

Seingat saya,kali terakhir saya makan dalam talam dalam 7 tahun lepas.Itupun masa balik kampung,saya dan sedara-mara memang suka makan sama-sama kat talam.Bila da besar ni memang da lama tak makan dalam talam macam tu.Seganlah katakan :P

Selepas makan,kami solat Maghrib secara berjemaah. :) Best sangat time ni.Selepas solat,kami bersalaman dan berpelukan.Wah,rasa macam rapat sangat walaupun baru first time jumpa. ;)

Kemudian,usrah kami pun bermula.Haaaa,mula-mula Nadiah kena perkenalkan diri sebab dia baru join kami.Saya dengan Afiqah apa lagi,usik-usiklah Nadiah.Jahatkan?Haha.Takpe,Nadiah tak kesah kot ;)

Tajuk usrah kami berkaitan dengan surah Asy-Syams.Kami membaca surah tersebut secara bergilir-gilir dan membaca pengertiannya.


Kak Along bertanya kepada kami apa yang kami faham tentang surah ini?Jadi masing-masing memberikan pendapat masing-masing.

Sebelum usrah tamat,Kak Along bertanya tentang persiapan kami untuk menghadapi results SPM.
Jawapan kami semua hampir sama iaitu "teruskan berdoa kerana masih ada masa,jangan frust kalau result tak seperti yang diharapkan sebab SPM bukan segalanya,dan reda dengan ketentuan Allah sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. " :D
Chewah!
Jawapan sepakat aje semua!

Selepas itu,kami bertukar-tukar cerita agar boleh dijadikan iktibar untuk semua. :)

Sebelum pulang ke rumah,kami solat Isya' secara berjemaah.

Indahkan semua ini? :)
Semoga apa yang kami lakukan diberkati Allah.



No comments: