Thursday, May 17, 2012

To my dearest child.

Bismillahir Rahman Nir Rahim.


Memandangkan sekarang ini musim budak masuk ke universiti,saya nak cecite tentang amanat seorang ibu kepada anaknya. ;) It's gonna be a bit touching.Sediakan tisu banyak-banyak! :P

Bila kita ke universiti,anak mesti berpisah dengan family.INI BUKAN OPTIONAL!haha.kalau dapat universiti dekat pun still kena duk dalam kampus bukan bawah ketiak mak lagi! xD 

So,I assume myself as a mother of a child who's going to university soon!If this blog STILL exist in the future,I'll ask my children to read this!MY AMANAT TO THEM OKEH! :D

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Dear anakku,

Hari ini da tiba masanya untuk kamu pergi belajar,belajar berdikari dan belajar ilmu Allah. :') Mama berat hati nak lepaskan kamu tapi apakan daya,takkan Mama nak ikot kamu ke universiti.Mama harap kamu semat dalam diri segala nasihat yang Mama nak titipkan ini.Sobs.

Anakku,

Dunia sekolah dengan universiti lain sangat-sangat.Kat U ini lah kamu akan berjumpa bermacam-macam jenis orang.Ada yang baik tak kurang yang jahat.Nasihat Mama ialah kamu carilah kawan yang baik,yang mampu membimbing kamu,yang sedia berkongsi susah senang bersama kamu.Tapi kamu mesti ingat,untuk dapat kawan yang baik,KAMU kena jadi baik dulu.Ok? :D 

Kat U nanti,selalulah call Mama.Mama da belikan handphone dengan laptop tu,senang sangat nak contact. ^^ Kita boleh calling-calling,skype-ing,texting dan facebook-ing.Jangan tweet tweet Mama,Mama  ni bukan tahu sangat guna twitter ==" Kalau kredit abih,boleh aje mintak Mama topupkan tapi lepas tu jangan dok bergayut dengan bf pulak!Ishhhh,Mama bukan bersangka buruk tapi cuma mengingatkan aje. :)

Kat U nanti,kamu belajar rajin-rajin.Jangan buang masa lepak dengan kawan pulak.Hujung minggu aje pergi Midvalley.Bukan ada apa sangat kat situ,barang mahal aje!(EHH?Cmne Mama tahuu??Mesti dulu pernah lepak Mid jugak!) Haipppp kamu ini,dulu Mama lepak sana sekali aje tau!Tu pun sebab jumpa kawan ^^ Ok,sambung..Kamu kena pandai arrange masa untuk study,riadah,beribadat dan rehat.Mama tak marah kamu main Tweet Tweet atau MukaBuku,tapi kenalah jaga masa.Jangan online sampai lewat malam,pastu ngantok nk pegi kuliah pastu mintak kawan "sign"kan attendence.Ehhhhh?Jadi kamu jangan terleka yaa!

Kat U nanti,takda sapa jaga solat kamu.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.Ingat,jaga solat 5 waktu tu..Kalau boleh,baca Al-Quran juga,AlMathurat sangat digalakkan apatah lagi berQiamulail. :D Amalkan semua ilmu agama yang telah dipelajari selama ini.Kalau boleh,tambah-tambahkan ilmu itu. ^^ Mama tak nampak kamu bersolat,kamu boleh aje tipu Mama cakap sudah solat tapi Allah itu Maha Mengetahui.Solat pun Lillahi Taala bukan sebab Mama suruh ye anakku! :) 

Kat U nanti,jaga auratmu.Memang Mama tak nampak apa yang kamu pakai,tapi Allah tu Maha Melihat.Pakailah pakaian yang menutup aurat,jaga pergaulan kamu dan jaga akhlak kamu.Mama hanya boleh mendoakan dari jauh sahaja. :D insyaAllah,anak Mama ni boleh diharap dan dipercayai. :) Jangan risau,bukan Mama tak bagi berkawan dengan yang berlainan jantina tapi ikut syariat yang ditetapkan ye anakku~Mama pun dulu gilagila jugak masa zaman muda mudi tapi sekarang sudah kurang sikit,nanti terkejut Papa kamu tengok perangai Mama. 
P/s-Mama gila-gila dengan perempuan jer kot..kotlah. ;)

Kat U nanti,semua benda kamu kena uruskan sendiri.Bangun pagi,kena "jenggg" katil kamu elok-elok,lepas belajar,kena kemas dan susun buku kat meja tu,basuh mug yang kamu guna untuk minum kopi (untuk stay up) tu..jangan tunggu sudah berkerak baru nak basuh ==" Kamu kena latih diri tu semua,nanti da kahwin..Tak kuasa Mama nak buat benda itu untuk kamu.Cukuplah selama 18 tahun nii.Duhhh. ==" Ehhh,Mama bukan merungut tapi kamu kena praktikkan apa yang Mama buat depan kamu selama ini ok anakku? :D

Last but not least,anakku..Jika kamu sudah ada pilihan hati tu kamu kenalkan kat Mama.Jangan risau,Mama tak marah.Dulu Mama pun macam itu*dulu zaman jahil-jahil dulu* tapi Mama siap inform lagi kat nenek kamu tau!Tak caye,tanya nenek kamu. :D Nak dating pun bawak parents*againnn,tu zaman dulu kalaaaa* Huahuahua!Ok,Serius.Niatkan dalam hati kamu,nak cari jodoh untuk berkahwin hingga ke syurga bukan pasangan untuk berseronok sebulan dua.Nehi nehi!Itu tidak boleh.Nanti kalau bercinta itu,janganlah bergalak sangat.Masih kena jaga batas pergaulan sebab belum CONFIRM lagi dia akan jadi pasanganmu hingga ke syurga. :)

Lots of love,
Athirah Nur Zawani-your Mama.


Inilah saja pesanan yang mampu Mama titipkan.Semoga kamu menjadi anak yang menyejukkan hati ini.insyaAllah. :)

 If you ever read this,remember that I love you so much that I get so worried to let you go to the real world. :')

xoxoxoxoxoxooxxoxoxoxoxo

Dear friends,your mother does feel the same. :) Jadi kita ikotlah nasihat mereka ye.Memang nasihat itu dalam bentuk bebelan but it's for our own good.Ok? :D 

Selamat Belajar di Universiti/Matriks/Form 6 dll!Jangan risau,ilmu Allah itu takda sempadan.Amiklah ilmu sebanyak-banyaknya dan amalkan dalam hidup kita.Jangan rasa rendah diri kalau kita kurang daripada orang lain,setiap orang telah ditentukan rezekinya.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :D


P/s-Kesiannya anak aku kena bebel macam tu nanti =="






2 comments:

auntiemama said...

Hehe...baiklah Mama Athirah.... Kelakar pulak bila Teacher baca...anyway, all the best to U!

Wani The Pooh. said...

whaha.reminder utk diri sndiri dan future child :P hihi.thanks teacher! :D